Projek ini bertajuk “Aircond Cleaner Kits” yang dicipta untuk membantu pengguna penghawa dingin dalam proses mencuci penghawa dingin mereka sama ada di rumah ataupun di pejabat. Seperti yang kita tahu, ‘service’ penghawa dingin yang sedia ada sebelum ini memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana pengguna penghawa dingin tersebut perlu membayar kepada pihak yang menyelenggara penghawa dingin mereka. Selain itu, penyediaan alatan untuk mencuci penghawa dingin juga mengambil masa yang lama, kerana penyediaannya adalah satu per satu seperti ‘host pipe’, bahan alkali, dan sebagainya. Seterusnya, “Aircond Cleaner Kits” ini direka dengan reka bentuk yang sederhana dan hal ini menyebabkan projek ini menjimatkan ruang. Dalam Kit itu juga terdapat peralatan-peralatan yang perlu digunakan untuk mencuci penghawa dingin seperti ‘host pipe’, bahan alkali, penyapu kecil, air secukupnya, dan canvas. Dengan adanya Kit ini pengguna penghawa dingin dapat menjimatkan masa dalam penyediaan alatan untuk mencuci penghawa dingin dan juga Kit ini menjimatkan kos. Maka, dapat diketahui projek ini bertujuan untuk membantu pengguna penghawa dingin dalam proses mencuci penghawa dingin mereka dan juga dapat menjimatkan masa.