Post date: Jul 10, 2012 10:07:38 AM
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah menganjurkan Persidangan Teknologi Pendidikan (Teknopen) kali kedua yang berlangsung di Kompleks Kerajaan Putrajaya, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Persidangan yang berlangsung pada 11.7.2012 itu dihadiri oleh para pendidik dan pembentang kertas kerja yang terdiri daripada para guru dari seluruh Sabah. Persidangan yang bertemakan "Memperkasakan Sekolah Ke arah Pembestarian" bertujuan untuk membincangkan hal-hal berkaitan ICT, Inovasi serta amalan-amalan terbaik dalam Pengajaran dan Pembelajaran.