Post date: Apr 14, 2012 10:23:01 AM
Hari ini 14.4.2012 berlangsung Program 3 ini 1 di SK Sungai Anib 2. Program yang dikelolakan bersama 3 unit iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK), Unit UPSR, dan Unit Disiplin ini antara lainnya adalah bertujuan untuk memberikan maklumat kepada ibubapa dan murid khususnya Tahun 6 mengenai halatuju sekolah yang seiringan dengan hasrat memperbaiki sahsiah dan akademik murid-murid. Sehubungan dengan itu, para ibubapa murid-murid Tahun 6 telah dijemput untuk mendengar ceramah daripada penyelaras UBK, UPSR, dan Disiplin mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan unit masing-masing. Selain sessi ceramah, aktiviti-aktiviti yang berjalan pada hari ini adalah majlis akujanji ibubapa dan program anak angkat. Majlis yang dirasmikan oleh Penolong Kanan 1, Pn Sarai Ahmad selaku wakil Guru Besar, berkahir kira-kira pukul 11.00 pagi.