Post date: Mar 8, 2011 4:50:40 PM
Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Sungai Anib 2 telah dijalankan pada bulan Oktober 2010. Program yang dikelola oleh Unit Kokurikulum ini bertujuan untuk memberikan pengalaman baru kepada murid-murid di samping menanamkan disilpin, semangat bekerjasama dan semangat berpasukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau misi yang ditetapkan. Program yang diadakan di sekolah SK Sungai Anib 2 ini berlangsung selama 3 hari dua malam bermula pada hari Jumaat hingga Ahad. Syabas dan tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini dan semoga ianya akan dapat diteruskan pada masa hadapan.