Post date: Sep 26, 2012 9:43:51 AM
SK Sungai Anib 2 buat julung-julung kalinya telah diberikan tanggungjawab untuk mengelolakan Karnival PPDa peringkat Bahagian Sandakan pada 22.9.2012 (Sabtu) yang lalu. Beberapa acara telah dipertandingkan sempena karnival tersebut. Ini termasuklah pertandingn melukis poster, deklamasi sajak dan boria anti dadah. Acra yang mendapat sambutan yang meriah adalah pertandingan boria anti dadah. Pertandingan ini bukan sahaja merupakan kali pertama SK Sg Anib 2 mengambil bahagian, tetapi boria SK Sg Anib 2 juga berentap dengan boria SK Karamunting yang merupakan wakil negeri ke peringkat kebangsaan. Tahniah kepada boria SK Sg Anib 2 biarpun mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang bagi acara-acara lain yang dipertandingkan.