Post date: Apr 17, 2011 7:23:44 AM
Program yang bertemakan "Beyond Excellent; Lonjakan Kecemerlangan Prestasi UPSR" ini merupakan kolaborasi antara pihak pelajar kursus Sarjana Pengurusan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah dengan pihak sekolah. Antara tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan pengetahuan tentang teknik menjawab kertas peperiksaan UPSR kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Seramai 4 orang penceramah telah memberikan ceramah mengenai teknik menjawab soalan kertas peperiksaan UPSR iaitu BM, BI, Matematik dan Sains. Program yang diikuti oleh semua tahun 6 SK Sungai Anib 2 ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1 petang.