Post date: Jul 19, 2011 12:51:41 PM
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.
Program PPPDa yang dilaksanakan di peringkat sekolah SK Sg. Anib 2 bermula pada 18 Julai 2011. Ianya akan berlangsung selama seminggu di mana acara kemuncaknya akan dirasmikan oleh Guru Besar pada 25 Julai 2011 nanti. Beberapa aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan sebagai pengisian untuk program ini, antaranya adalah seperi deklamasi sajak, melukis poster, penulisan esei dan sebagainya.
Untuk mendapatkan foto-foto program PPDa, sila klik pada kolaj di bawah, atau sila klik pada pautan ini..