Post date: Jul 10, 2012 9:20:31 AM
Hari ini seluruh sekolah di Malaysia melakukan aktiviti senamrobik 1 Malaysia serentak di seluruh negara. Tujuan aktiviti tersebut selain memupuk budaya mementingkan kesihatan diri di kalangan guru dan murid tetapi juga dapat mengeratkan hubungan siratulrahim antara warga sekolah dengan ibubapa serta masyarakat setempat. SK. Sungai Anib juga tidak ketinggalan dalam menyertai program senamrobik berkenaan. Aktiviti senamrobik 1 Malaysia berlangsung seawal jam 7 pagi, bertempat di kawasan letak kereta dan kawasan letak kereta.