Post date: Jul 22, 2011 11:01:39 AM
Panitia PAI telah menjalankan aktiviti Kem Bestari Solat (KBS) Siri 2 pada hari ini bersamaan 22.7.2011 (Jumaat). Program KBS kali ini ada sedikit pembaharuan dari segi pelaksanaannya. Jika sebelum ini aktviti dijalankan pada hari Sabtu, tetapi kali ini aktviti dilaksanakan semasa hari persekolahan dan dibahagikan kepada sesi pagi untuk murid Tahap 2 dan sesi petang untuk murid Tahap 1. Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran untuk mendedahkan para murid yang beragama islam me fardhu ain dan fardhu kifayah beberapa aktiviti telah dijalankan seperti bertayammum, pengurusan solat jenazah dan sebagainya.