Post date: Apr 11, 2011 10:06:54 AM
Kursus ini merupakan susulan daripada kursus bengkel skema pemarkahan anjuran Majlis Guru Besar yang telah diadakan pada 2 April 2011 yang lalu. Seramai 4 orang guru masing-masing mewakili panitia BM, BI, M3 dan Sains yang telah mengikuti kursus berkenaan telah membentangkan hasil atau bahan kursus yang telah perolehi. Kursus dalaman ini bertujuan untuk mendedahkan disamping memberikan maklumat terkini mengenai skema pemarkahan bagi mata pelajaran UPSR. Kursus dalaman yang dianjurkan oleh unit Latihan dan Perkhidmatan bersama-sama Panitia BM, BI, M3 dan Sains ini telah diikuti oleh pentadbir sekolah dan semua guru mata pelajatan teras SK Sungai Anib 2 Sandakan. Kursus dalaman ini berakhir pada pukul 1.30 tengahari.