Post date: Mar 5, 2011 2:33:38 PM
Majlis jamuan awal tahun 2011 ini diadakan pada 5 Mac 2011 di Sabah Hotel Sandakan. Majlis yang merupakan majlis yang biasa diadakan untuk semua staf sekolah ini juga adalah merupakan majlis perpisahan serta meraikan kedatangan guru-guru baru. Antara pengisian majlis ini adalah ucapan perpisahan mantan Guru Besar En. Hassan Hj. Taris yang telah berpindah tugas ke SK. Bandar Sandakan. Selain itu juga majlis ini turut diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada guru-guru yang telah berpindah sekolah serta yang telah mendirikan rumahtangga. Antara guru-guru yang diraikan dalam majlis tersebut adalah En. Hassan Hj. Taris, Ustzh Suhanie, Cikgu Masmarianti, Ustzh Hasliza, Cikgu Juriadah, Cikgu Norsyafika, dan Ustzh Norhayati. Selain itu sesi bergambar semua staf sekolah juga turut diadakan. Majlis bersurai pada jam 2 petang.
Untuk melihat foto sila klik disini..