Post date: Sep 5, 2011 2:16:35 PM
Pada hari jumaat (26.7.2011) yang merupakan hari terakhir sebelum cuti pertengahan semester dan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, pihak sekolah SK Sungai Anib 2, di bawah kelolaan Unit UPSR telah mengadakan solat hajat khusus untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.
Program yang diadakan dalam bulan Ramadhan ini turut disertai oleh para ibubapa murid-murid tahun 6 di samping guru-guru muslim SK. Sungai Anib 2. Setelah selesai menunaikan solat hajat tersebut, Tn. Hj. Jamal, Guru Besar SK. Sungai Anib 2 telah menyampaikan ucapan dan amanat kepada para murid serta ibubapa tentang kepentingan mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR. Program tersebut bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 10 pagi.