Post date: Oct 20, 2012 11:15:27 AM
Sukan sekolah telah berlangsung pada 18.10.2012, bertempat di Kompleks Sukan Sandakan. Pada tahun ini, acara sukan hanya melibatkan peserta-peserta daripada kalangan murid-murid Tahap 2 sahaja. Banyak acara yang dipertandingkan, antaranya acara 80m lari berpagar, 100m, 200m, Lompat jauh, Lontar peluru dan beberapa acara lagi. Temasya Sukan yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang itu turut mempertandingkan acara perbarisan antara rumah sukan. Pemenang Keseluruhan dimenangi oleh Rumah Antanom (Kuning), manakala acara perbarisan dimenangi oleh Rumah Pengiran Samah (Biru).