Post date: Oct 15, 2011 9:23:02 PM
Pada 6/9/2011 yang lalu SK Sungai Anib 2 meraikan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan di Kompleks Sukan Sandakan. Beberapa acara telah dipertandingkan yang disertai oleh murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Murid-murid yang mewakili rumah masing-masing berentap untuk menunjukkan kehebatan mereka sendiri serta kejayaan rumah sukan yang mereka wakili. Dalam kejohanan sukan yang dirasmikan oleh Encik Roslan Jagah selaku wakil PPD Sandakan itu, Rumah Antanom telah menjulang piala Johan Keseluruhan di samping menggondol Johan Pertandingan Perbarisan.
Untuk mendapatkan foto-foto tersebut, sila klik di sini...