Post date: Jul 28, 2011 11:30:06 AM
Semua guru SK Sg. Anib 2 mengikuti kursus dalaman 1Murid 1Sukan yang dianjurkan oleh Unit Sukan pada hari ini. Kursus yang dikendalikan oleh En. Dani selaku Setiausaha Sukan sekolah itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru berkenaan jenis-jenis sukan yang boleh dijalankan di sekolah mengikut kesesuaian persekitaran sekolah tetapi masih berlandaskan kepada prinsip 1Murid 1Sukan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus yang bermula pada pukul 3 petang itu berjalan dengan lancar dengan beberapa aktiviti sukan telah berjaya dilaksanakan dan didedahkan kepada guru-guru. Kursus berakhir pada pukul 5 petang.