Post date: Apr 15, 2011 4:27:11 PM
Majlis Sambutan Malidur Rasul peringkat sekolah yang dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam ini merupakan salah satu aktiviti panitia sempena Bulan Dakwah. Antara lain objektif sambutan ini diadakan adalah untuk menanamkan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid beragama Islam disamping menanam sifat Cintakan Rasulullah S.A.W. Aktiviti ini juga adalah sebagai pengukuhan kepada subjek Pendidikan Agama Islam yang dipelajari oleh murid di dalam kelas. Beberapa aktiviti telah pun dijalankan seperti Hafazan, Bercerita kisah Nabi, Iqamah, Azan sebagainya. Hari kemuncak iaitu pada 15 April 2011 bersamaan Hari Jumaat, aktiviti Pertandingan akhir Nasyid, Pertandingan akhir Selawat, dan Anugerah Tokoh Murid Maulidur Rasul telah dijalankan. Pihak sekolah juga turut mengundang Ustaz Hj. Muhammad Syahran Ibrahim selaku penceramah jemputan dalam majlis tersebut. Majlis yang telah dirasmikan sendiri oleh Tn Hj. Jamal Asim, Guru Besar SK Sungai Anib 2 ini berakhir pada pukul 11.30 pagi. Semoga semua yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul ini memperolehi keberkatan, insya Allah.