Post date: Nov 16, 2012 2:14:44 AM
Pada 2.11.2012, Sk Sungai Anib 2 telah menjalankan Hari Anugerah Murid Cemerlang (AMC) tahun 2012. Pelbagai anugerah telah diberikan kepada murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga bagi mereka yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum. Para guru juga turut dianugerahkan kecemerlangan mengikut bidang masing-masing. Majlis yang dirasmikan oleh Guru Besar, Tn Hj. Jamal Asim ini juga turut diselang selikan dengan pelbagai acara seperti persembahan tarian, cabutan tiket bertuah dan berbagai-bagai acara yang telah dirancang. Majlis ini berakhir lebih kurang jam 12 tengahari.
Klik pautan ini untuk mendapatkan foto-foto..