Post date: May 27, 2012 2:12:06 AM
Pada 11, 12, dan 13 May 2012, Unit Kokurikulum SK Sungai Anib 2 telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform. Seramai lebih kurang 180 orang murid telah mengambil bahagian yang terdiri daripada ahli-ahli Unit Beruniform seperti BBSM, St.John Ambulance, Pengakap, KRS, Tunas Puteri dan PPIM. Perkhemahan yang diadakan di tapak letak kereta itu telah berjalan dengan lancar dan kesemua aktviti yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Upacara perasmian dan penangguhan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Jamal Asim, Guru Besar SK Sungai Anib 2 pada hari Ahad (13.5.2012)
Untuk mendapatkan foto-foto perkhemahan, sila ikuti link ini...