Taklimat Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Objektif:

Para peserta boleh memahami proses PDPP dengan lebih teliti

Pengenalan

Sebagai bakal guru yang akan bermula mengajar pelajar-pelajar di sekolah, para peserta perlu menyertai Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengasah pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan profesion perguruan.


Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.


Dalam modul ini, para peserta boleh mendapat maklumat dengan lebih lanjut mengenai PDPP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai modul ini atau tatacara menggunakan platform yang disediakan, info yang lebih lanjut boleh didapati di dalam panduan yang disediakan.

SUMBER-SUMBER YANG DIGUNAKAN UNTUK MODUL INI

Slaid yang digunakan untuk modul ini akan dipaparkan sehari sebelum ianya dijalankan

RAKAMAN SESI UNTUK MODUL INI