Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah

Suasana disiplin yang baik merupakan satu keperluan untuk merangsang iklim pembelajaran yang sihat.

Bagaimanapun, masalah disiplin berlaku apabila murid mengganggu pembelajarannya, mengganggu aktiviti dan pelaksanaan PdP, serta melanggar peraturan sekolah atau bilik darjah.

Matlamat Pengurusan Bilik Darjah bukan bertujuan untuk mengawal murid agar menurut peraturan dan berdiam diri. Sebaliknya, pengurusan bilik darjah yang efektif bertujuan untuk mengekalkan minat, motivasi serta penglibatan murid dalam proses PdP. Pada masa yang sama dapat mengurangkan gangguan yang wujud.

Jenis-Jenis Tingkah Laku Bermasalah

Bersifat destruktif

Melawan, Memukul, Mencederakan

✔ Mengedarkan dadah/pil ekstasi/gambar lucah

✔ Mengambil dadah/menghidu gam

✔ Merosakkan harta benda (vandalisme)

✔ Mengugut rakan sebaya / guru

✔ Membuli, Berbohong, Mencuri

Bersifat disruptif

✔ Mengganggu rakan

✔ Menggunakan perkataan lucah

✔ Ponteng kelas/sekolah

✔ Mengganggu pelaksanaan PdP

✔ Kekemasan diri

✔ Apati (tidak endah / tidak kisah)

Kesan Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

  1. Mengganggu pembelajaran mereka dan murid lain

  2. Menyebabkan murid tercicir daripada sistem pendidikan

  3. Menyebabkan guru mengalami tekanan

PUNCA TINGKAH LAKU BERMASALAH

Faktor Persekitaran

  • Faktor persekitaran rumah iaitu tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

  • Pengaruh rakan sebaya. 􀀀

  • Faktor persekitaran sekolah seperti kurikulum yang terlalu padat dan bilik darjah yang kurang kondusif.

Faktor Emosi

  • Masalah emosi yang dialami akan sering menganggu diri mereka dan menyebabkan emosi tidak stabil. 􀀀

  • Tidak dapat memberikan tumpuan yang agak lama terhadap proses pembelajaran.

  • Tingkah laku lazimnya sukar dikawal dan pada kebiasaannya akan bertindak mengikut emosi tanpa berfikir panjang.

Faktor Didikan
Ibu Bapa

  • Kekurangan perhatian serta kasih sayang oleh ibu bapa boleh menyebabkan seseorang murid berasa tersisih.

  • Seterusnya akan menyebabkan timbulnya pelbagai karenah dan tingkah laku negatif yang sukar dikawal.

  • Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil kisah pergerakan anak-anak mereka akan memburukkan lagi keadaan.

TINDAKAN MENGATASI TINGKAH LAKU BERMASALAH

Ekonomi Token

  • Suatu kaedah untuk menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi dan dipersetujui.

  • Guru akan menulis nama murid pada papan atau kad dan meletakkan token.

  • Apabila murid melakukan tingkah laku positif, dia akan diberikan token ekonomi seperti bintang atau pelekat.

  • Apabila bilangan ekonomi token itu mencukupi, maka murid tersebut akan menerima hadiah.

  • Namun apabila murid tersebut melakukan tingkah laku negatif, guru akan memberikan amaran dan akan menolak bilangan bintang atau pelekat.

Peneguhan dan Penghapusan

  • Peneguhan positif hendaklah dilakukan dan konsisten bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang diingini.

  • Namun pemberian hadiah dan bintang perlulah dikurangkan dan dihapuskan apabila tingkah laku yang diingini telah berjaya dikuasai secara konsisten.

  • Tingkah laku yang tidak diingini boleh dihapuskan atau dikurangkan melalui proses penghapusan.

  • Contohnya, murid yang suka memberikan jawapan tanpa mengangkat tangan tidak harus dilayan. Tindakan ini perlu dilakukan berulang kali sehingga amalan itu akan terhenti dengan sendirinya.

Latihan Yang Bersesuaian

  • Guru menyediakan latihan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid.

  • Apabila murid berjaya menyiapkan latihan dengan baik, mereka akan berasa gembira dan lebih berkeyakinan.

  • Ini akan membantu mengatasi masalah tingkah laku mereka semasa proses PdP.

Pembelajaran Menyeronokkan

  • Mendorong murid untuk mengikuti proses PdP dengan lebih baik.

  • Menggembirakan murid, menarik minat serta tumpuan mereka untuk mengikuti proses pembelajaran dengan berkesan.