Teori-Teori Pembelajaran

  • Teori pembelajaran behaviouris

  • Teori pembelajaran kognitif

  • Teori pembelajaran konstruktivis

  • Teori pembelajaran sosial

  • Teori pembelajaran humanistik

  • Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran

Teori Pembelajaran Behaviouris

  • Memberi penekanan kepada tingkah laku dan persekitaran dan bukan pemikiran dalaman. Semua tingkah laku dipelajari melalui pelaziman, pelaziman berlaku melalui interaksi dengan persekitaran

  • Pembelajaran berlaku apabila seseorang murid memberi respons kepada rangsangan dari persekitaran. Tugas seseorang guru ialah menyediakan rangsangan tersebut.

  • Pembelajaran akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang yang disebabkan oleh pengalaman (interaksi dengan persekitaran). Perubahan tersebut boleh diperhatikan dan diukur

  • Setiap orang mempunyai potensi untuk dilatih melakukan sesuatu tugasan tanpa mengira latar belakang genetik, tret personaliti dan pemikiran dalaman, yang penting ialah dia diberi pelaziman yang betul

  • Pengukuhan positif seperti hadiah dan gred akan digunakan sebagai motivasi untuk menggalakkan murid mengulangi tingkah laku yang diingini oleh guru

  • Tokoh-tokoh: Pavlov, Watson, Thorndike, dan Skinner

  • Pembelajaran yang berlaku dalam akal fikiran, tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Memberi fokus kepada proses yang terlibat dalam pembelajaran dan bukannya pada tingkah laku yang dapat diperhatikan

  • Pembelajaran adalah suatu proses mental yang aktif untuk memperoleh, menyimpan, mengingati dan mengaplikasi ilmu.

  • Masalah dalam pembelajaran adalah kerana proses kognitif tidak dapat berfungsi dengan baik. Proses kognitif yang dimaksudkan ialah perhatian, pemerhatian, persepsi, interpretasi, organisasi, ingatan, pengkategorian dan generalisasi

  • Faktor dalaman dan luaran dapat mempengaruhi proses mental seseorang untuk mempertingkatkan pembelajaran

  • Tokoh-tokoh: Jean Piaget, Kohler, Gagne, Ausubel, Brunner

Teori Pembelajaran Kognitif

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

  • Pembelajaran berlaku melalui kolaborasi dan interaksi antara pelajar, guru dan bahan bantu mengajar. Ini bermakna pembelajaran berlaku dalam konteks sosial yang aktif dan interaktif serta penglibatan diri dalam aktiviti

  • Pengetahuan dibina melalui saling kaitan antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru

  • Guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri. Pembelajaran berpusatkan murid. Pembinaan pengetahuan melalui cara scaffolding

  • Pelajar sebagai PEMBINA pengetahuan melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada, dan bukan sebagai PENERIMA pengetahuan iaitu

  • menerima bulat-bulat pengetahuan daripada guru. Pelajar perlu memahami dan memberi makna kepada maklumat yang dipelajari

  • Tokoh-tokoh: Jean Piaget, Lev Vygotsky

  • Menjelaskan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran.

  • Memberi penekanan kepada pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning). Individu dapat belajar pengetahuan dan maklumat baharu dengan memerhatikan dan meniru tingkah laku orang lain.

  • Kebanyakan tingkah laku manusia dipelajari secara pemerhatian melalui pemodelan. Seseorang individu akan membentuk idea mengenai bagaimana sesuatu tingkah laku dilakukan berdasarkan pemerhatian, dan idea tersebut akan digunakan sebagai garis panduan kelak.

  • Seseorang individu cenderung untuk meniru sesuatu tingkah laku sekiranya dia dapat lihat akibat positif (hadiah, ganjaran, pujian) daripada melakukan tingkah laku tersebut. Sebaliknya, sekiranya dia lihat akibat negatif (dendaan, hukuman, marah) daripada melakukan sesuatu tingkah laku, maka kecenderungan untuk dia meniru kelakuan tersebut adalah rendah.

  • Tokoh: Albert. Bandura

Teori Pembelajaran Sosial

Teori Pembelajaran Humanistik

  • Setiap murid mempunyai cara belajar tersendiri, guru membimbing untuk mengembangkan potensi ke peringkat optimum

  • Pendekatan berpusatkan murid digunakan. Murid diberi kebebasan untuk menentukan apa yang dia ingin belajar dan dia mempunyai kuasa untuk menentukan setakat mana yang dia akan belajar

  • Menekankan bahawa kanak-kanak sememangnya baik dan apabila semua keperluan asas (makan, minum, pergi ke tandas, keselamatan dll) telah dipenuhi, mereka boleh membuat keputusan dan belajar dengan baik

  • Pendidikan sepatutnya fokus kepada mendidik kanak-kanak secara keseluruhan

  • Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran diperlukan untuk menjadikan murid bermotivasi intrinsik untuk belajar

  • Penilaian kendiri adalah penting untuk mengetahui sejauh mana pembelajaran telah berlaku, sebaliknya pemberian gred tidak diberi keutamaan

  • Perasaan dan pengetahuan adalah penting dalam proses pembelajaran dan tidak patut dipisahkan. Ini bermakna murid mesti berasa seronok semasa dia belajar

  • Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamatnya. Murid perlu berasa selamat dari segi fizikal, mental, sosial, dan emosi sebelum mereka belajar

  • Tokoh-tokoh: Abraham Maslow, Carl Rogers

IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • Menyediakan asas untuk guru memahami bagaimana individu belajar, dan cara untuk menjelaskan, menganalisis dan meramal pembelajaran. Dalam erti kata lain, teori membantu guru membuat pilihan dan keputusan yang lebih jitu dalam proses pengajaran dan pembelajaran

  • Membolehkan guru memahami bagaimana maklumat digunakan, pengetahuan digunakan dan pembelajaran berlaku bagi seseorang individu. Guru boleh memilih teori yang sesuai mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan serta murid yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

  • Menjelaskan peranan murid, guru dan persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta bagaimana pembelajaran boleh berlaku dengan cara yang berbeza

  • Membantu guru memenuhi keperluan semua jenis murid, melayani gaya pembelajaran dan gaya kognitif yang berbeza. Ini membolehkan guru mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif dengan mengambil kira perbezaan individu.

A brief introduction to Learning Theories

A Brief Overview of 4 Learning Theories