Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

PERANAN GURU

  1. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif

  2. Menguruskan pentaksiran murid

  3. Menguruskan sumber maklumat murid

  4. Menguruskan ruang pembelajaran dalam era digital

MENYEDIAKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Persekitaran Fizikal

  1. Guru dapat memantau murid dengan mudah

  2. Akses guru kepada murid dan akses murid kepada bahan pembelajaran

  3. Pemandangan murid tidak terhalang

  4. Ruang trafik yang selesa

  5. Penggunaan ruang pada dinding

  6. Ruang untuk aktiviti khusus

  7. Perhatian terhadap pencahayaan, pengudaraan dan perabot

  8. Kebersihan

  9. Susunan kerusi meja

Persekitaran Psikososial

  1. Suasana selesa dan mesra

  2. Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal

  3. Perasaan diterima

  4. Sensitif pada perbezaan individu

  5. Suasana yang merangsang pembelajaran

  6. Mewujudkan komunikasi terbuka

  7. Menggalakkan pembelajaran koperatif

  8. Peluang yang sama untuk semua murid

Kelebihan persekitaran pembelajaran yang kondusif

  1. Meningkatkan penglibatan murid

  2. Memberikan peluang interaksi positif

  3. Memupuk sikap berdikari dan tanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri

  4. Mewujudkan peluang untuk aktiviti individu, kumpulan kecil dan kelas

  5. Merangsang minat, semangat dan motivasi

  6. Membina perasaan kesepunyaan

MENGURUSKAN PENTAKSIRAN MURID

Tradisional

  • Objektif dan esei

  • Penggunaan rubrik

Autentik

  • Murid ditaksir atas kemahiran yang diaplikasi dalam kehidupan

  • Port folio dan amali pameran, demonstrasi

MENGURUSKAN SUMBER MAKLUMAT MURID

  1. Maklumat murid

  2. Rekod disiplin

  3. Rekod peperiksaan

  4. Rekod pencapaian murid

  5. Maklumat guru dan staf pengurusan

  6. Jadual waktu

MENGURUSKAN BILIK DARJAH / RUANG PEMBELAJARAN

KOMUNIKASI: Berkongsi idea, soalan, pemikiran dan penyelesaian

KOLABORASI: Bekerjasama ke arah mencapai satu matlamat dengan menggabung bakat dan kepakaran

PEMIKIRAN KRITIS: Menggabungjalin pembelajaran merentasi subjek dan bidang serta memberi perspektif baharu kepada cara memilih sesuatu masalah

KREATIVITI: Menggunakan pendekatan baharu dalam melakukan sesuatu

manual PdPR.pdf