Jenis Pentaksiran Autentik

Pentaksiran Prestasi
Pentaksiran Portfolio
Penilaian Rakan Sebaya
Penilaian Kendiri
Pentaksiran Dalam Talian


PENTAKSIRAN PRESTASI

  1. Digunakan untuk melihat proses dan produk sesuatu tugasan.

  2. Guru boleh menaksir melalui pencerapan yang bersistem.

  3. Pentaksiran prestasi secara amnya mempunyai dua komponen utama iaitu tugasan prestasi dan satu rubrik penskoran yang jelas.

      • Tugasan prestasi ialah pelaksanaan pentaksiran yang mana memerlukan seseorang pelajar menunjukkan cara penyampaiannya dengan menghasilkan satu jawapan bertulis atau lisan dengan mengambil bahagian dalam aktiviti individu atau berkumpulan atau menghasilkan satu produk yang pelajar hasilkan dan proses yang dilalui pelajar tersebut untuk menghasilkan produk.

      • Sesuatu untuk mentafsir sikap, tingkah laku dan tindakan pelajar semasa proses pembelajaran berlaku.

      • Instrumen yang diperlukan bagi pentaksiran prestasi ialah senarai semak dan skala kedudukan (rubrik holistik atau rubrik analitikal

  4. Jenis pentaksiran prestasi – projek, persembahan, pemerhatian, produk, praktikal/amali, tugasan bertulis, buku skrap, portfolio

  5. Mengukur pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi murid secara langsung

  6. Penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran adalah melalui pembelajaran baharu daripada pengetahuan dan pengalaman sedia ada

  7. Diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

  8. Murid berpeluang mempamerkan keupayaan mereka dalam pelbagai kaedah seperti lisan, penulisan dan lain-lain

PENTAKSIRAN PORTFOLIO

  1. Dilakukan oleh guru dan murid bersama Koleksi hasil kerja yang terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan

  2. Eviden dapat menunjukkan pembelajaran dan kemajuan murid mengikut ciri-ciri yang dikehendaki di dalam portfolio

  3. Rubrik penskoran pula ialah satu set peraturan yang digunakan oleh guru untuk mentaksir kualiti prestasi pelajar.

  4. Peraturan ini juga yang boleh berbentuk skala kadar atau senarai semak yang mana akan memandu guru untuk membuat pertimbangan.

  5. Jenis-jenis pentaksiran portfolio

      • Portfolio produk – hasil kerja murid .

      • Portfolio proses – tumpuan kepada proses pembelajaran bukan produk akhir .

      • Portfolio penilaian – mendokumenkan ujian, pemerhatian, rekod atau evidens yang diperlukan


  1. Merangka pengajaran yang berfokus kepada pelajar

  2. Hasil kerja adalah salah satu bukti pencapaian perkembangan pembelajaran murid

  3. Membolehkan guru memberi maklum balas pencapaian murid secara menyeluruh

  4. Mengajar murid lebih teratur dan sistematik dalam mengendalikan maklumat

  5. Melatih murid membuat penilaian terhadap perkembangan kendiri

  6. Guru dapat memahami kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang

PENILAIAN RAKAN SEBAYA

  1. Penilaian rakan sebaya bukanlah dilakukan secara berasingan, malah penilaian tersebut merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (Sadler & God 2006)

  2. Murid menilai dan memberikan maklumbalas hasil kerja rakan mereka secara individu atau berkumpulan. Penilaian haruslah berdasarkan kepada kriteria rubrik atau senarai semak yang disediakan.

  3. Contoh- murid dikehendaki menilai hasil penulisan esei rakannya. Murid menentukan kriteria yang akan dinilai dalam kumpulan dan menggunakan kriteria tersebut untuk membuat penilaian esei yang ditulis oleh rakannya.


Kepentingan penilaian rakan sebaya

      • Menggalakkan murid menggunakan keupayaan untuk membuat penilaian terhadap orang lain

      • Menggalakkan proses membuat refleksi kendiri sebagai sebahagian dari proses pembelajaran

      • Meningkatkan motivasi serta memberi komitmen terhadap tugas

      • Membantu proses pentaksiran kendiri


PENILAIAN KENDIRI

  1. Penilaian yang dilakukan oleh murid sendiri mengenai kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan matlamat pembelajaran atau standard yang perlu dicapai.

  2. Membolehkan pelajar, secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu berdasarkan matlamat pembelajaran atau standard yang perlu dicapai

  3. Instrumen yang digunakan dalam penilaian kendiri ini lazimnya merupakan senarai semak dan rubrik.

  4. Langkah penilaian kendiri

      • Menetapkan tujuan penilaian

      • Tentukan kriteria yang hendak dinilai

      • Pilih cara untuk dapat maklumat dan data

          1. refleksi melalui senarai semak

          2. maklum balas daripada pelajar

          3. pemerhatian daripada rakan sebaya

      • Menganalisis maklumat dan data diperolehi. Buat rumusan


Kepentingan penilaian kendiri

    • Murid dapat memikirkan strategi pembelajaran yang lebih baik

    • Murid dapat lihat sendiri kemajuan mereka dalam pembelajaran

    • Murid dapat menyedari kelemahan dan kekuatan sendiri

    • Memotivasikan murid untuk terus belajar

    • Melatih murid agar jujur ketika membuat penilaian

PENTAKSIRAN DALAM TALIAN

  1. Dilakukan secara atas talian –menyeronokkan pelajar dan menjimatkan masa (McLoughlinb dan Luca, 2006).

  2. Berbeza dengan Computer base Assessment-CBA dan Computer Assisted Assessment- CAA.

  3. Pentaksiran atas talian juga dikenali sebagai online assessment merupakan proses pentaksiran yang dilaksanakan secara elektronik dengan penggunaan komputer dan Internet

  4. Merangkumi pelbagai aktiviti pentaksiran-perancangan, penggubalan alat pentaksiran pentadbiran, penandaan dan proses pemindahan data pentaksiran di peringkat sekolah, PPD, JPN, KPM.

  5. Contoh sistem pentaksiran:

      • SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah)

      • E-portfolio

Kepentingan Pentaksiran Dalam Talian

      • Dapat mengurangkan jurang perbezaan murid pelbagai gaya pembelajaran

      • Menjimatkan dari segi masa dan kos (kos pencetakan)

      • Fleksibel dari segi masa dan tempat

      • Sesuai untuk penilaian formatif;

        1. Murid dapat tahu keputusan ujian serta merta

        2. Maklum balas yang cepat memotivasikan pelajar