Pentaksiran Bilik Darjah

PBD merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik, serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran.

PBD menekankan kepada tujuan pentaksiran sebagai pembelajaran untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran (KPM, 2018).

Guru melaksanakan pentaksiran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menggunakan kaedah (i) lisan, (ii) bertulis dan (iii) pemerhatian (KPM, 2018).

PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan murid, tetapi bertujuan untuk membantu dalam perkembangan pembelajaran murid di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.


interview ibu ttg PBD_1.mp4

Video ini dirakamkan pada tahun 2019 pada Hari Bersama Ibu Bapa di sebuah sekolah di daerah Kajang. Pada ketika itu mantan Menteri Pendidikan telah mengumumkan murid tahap 1 (tahun 1 hingga 3) tidak ada peperiksaan dan murid dinilai pencapaian mereka melalui PBD. Mulai tahun 2021, sistem peperiksaan telah dimansuhkan dan semua pelajar sekolah rendah ditaksir menerusi PBD.

Video Simulasi mengambil wudhuk.MP4

PBD Mengambil Wudhu

Senarai Semak PBD