Penghayatan Kurikulum

Topik 1.1 : Pengenalan Kurikulum

Apakah yang anda fahami tentang.....

Kurikulum?

Kurikulum Kebangsaan

.. suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]



Nota: Imbas Qr code ini untuk melayari maklumat berkaitan kurikulum dan dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam halaman portal yang disediakan oleh KPM


Dasar KPM?

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pelan_Pembangunan_Pendidikan_Malaysia_20.pdf



Ringkasan Eksekutif

Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat...

Baca selanjutnya...

Intipati utama PPPM 2013-2025 ialah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti



Hasrat: Kemenjadian Murid

Seorang guru yang berjiwa pendidik percaya bahawa setiap anak-anak:

  • bermaruah (dignity)

  • ada potensi

  • boleh dididik

"Kualiti sistem pendidikan tidak boleh melebihi kualiti gurunya"

Datuk Dr. Amin Senin, Mantan KPPM: Ucapan Hari Guru 2019

Persoalannya: Bagaimana jiwa pendidik guru boleh dibugarkan?

PPPM 2013-2025: Bab 4: Pembelajaran Murid

Kejayaan sesuatu sistem pendidikan dinilai melalui tahap pembelajaran dan perkembangan murid semasa mereka melalui sistem tersebut. Kementerian bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi meletakkan Malaysia dalam kelompok sistem pendidikan sepertiga teratas di dunia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan Kementerian terhadap pendidikan tertumpu kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi dan fizikal seiring dengan penghayatan identiti nasional yang kukuh. Bab ini meneliti perancangan Kementerian untuk mencapai matlamat pembelajaran murid dengan menilai semula kurikulum dan pentaksiran, dasar bahasa...

Baca selanjutnya...

Berdasarkan hal 4-12, (hal 105-117) dan teliti sub bahagian Kurikulum dan Pentaksiran


Kurikulum dan Pentaksiran

Kementerian akan memastikan penyediaan kurikulum yang bersepadu berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi melahirkan murid dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing pada peringkat global. Kurikulum ini akan memberi tumpuan kepada dimensi intelek, rohani, emosi dan fizikal setiap murid, serta menekankan aplikasi pengetahuan dan perkembangan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Kurikulum ini memberikan murid peluang mempelajari seni, melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain. Kementerian juga akan memastikan pentaksiran secara holistik dilaksanakan melalui peperiksaan awam dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Antara langkah yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

  • Penjajaran semula kurikulum sekolah rendah dan menengah selaras dengan standard antarabangsa

  • Meningkatkan kerangka pentaksiran bagi menambahkan item yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi dan bergerak ke arah menggunakan rujukan standard dalam PBS

  • Memperhebat sokongan guru bagi memastikan kurikulum bertulis diterjemahkan dengan betul dalam penjajaran di dalam bilik darjah melalui bahan pengajaran yang lebih baik dan peluasan peranan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+)

  • Memperkenalkan Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) 2.0 dengan skop yang lebih luas bagi menangani literasi Bahasa Inggeris



Melangkah Ke Hadapan

Melangkah-ke-Hadapan.pdf

Sila teliti bidang tumpuan fokus KPM dalam menghasilkan kemenjadian murid dalam terutama:

  • Pembelajaran berorientasikan pertumbuhan

  • Pentaksiran dan Peperiksaan

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Baca selanjutnya Melangkah ke Hadapan (hal. 25-30)

Kerangka : Falsafah, Pendidikan dan Kurikulum

nota kerangka.pdf

Nota Hubungan antara Falsafah, Pendidikan dan Kurikulum

Hubungan : Guru ~ Murid ~ Kurikulum

Berdasarkah rajah Model Pelibatan untuk memoptimumkan pembelajaran murid, perlu wujud elemen hubungan antara:

  • Guru ~ Murid : Perhubungan

  • Guru ~ Kurikulum : Kejelasan

  • Murid ~ Kurikulum : Cabaran


Persekitaran pembelajaran murid merangkumi ruang pembelajaran secara :

  • Ruang fizikal

  • Ruang keluarga

  • Ruang digital

Fisher, D., Frey, N., Quaglia, R. J., Smith, D., & Lande, L. L
(2017). Engagement by design: Creating learning environments where students thrive. Corwin Press.

Hubungan Guru dan Kurikulum : Kejelasan

Bagaimana Kejelasan Guru boleh dicapai?


Guru perlu :

  • menyemak elemen-elemen penting dalam kurikulum (contoh:DSKP) berkaitan penyataan yang menerangkan apa yang pelajar perlu tahu (pengetahuan) dan apa yang pelajar boleh lakukan (kemahiran) pada peringkat tertentu dalam pembelajaran.


  • kenal pasti

• Perkembangan Pembelajaran

• Hasrat Pembelajaran

• Kriteria Kejayaan

Hubungan : Murid ~ Kurikulum: CABARAN

Bagaimanakah cabaran dalam kurikulum diwujudkan?

Cabaran dalam kurikulum boleh dirancang apabila guru yang mempunyai kejelasan terhadap kandungan kurikulum berupaya :


  • fokus kepada konsep pembelajaran yang direka bentuk sama ada berpusatkan murid atau guru

  • merancang dan mereka bentuk pembelajaran murid

  • menentukan cabaran terhadap pembelajaran murid mengikut tahap kesukaran dan kompleks (Hattie, 2016)

  • memberikan maklum balas yang berimpak kepada proses pembelajaran murid

  • menggalakkan murid sentiasa melaksanakan pentaksiran kendiri - murid tahu apa yang dipelajari, dan tahu apa yang telah capai (kriteria kejayaan)

  • merancang strategi meningkatkan metakognitif murid

  • melaksanakan penilaian formatif berterusan

Hubungan : Guru ~ Murid: PERHUBUNGAN

  • Perhubungan guru dan murid jelas menunjukkan impak terhadap pembelajaran murid hampir 2 tahun (EF=0.72)

  • Guru harus merai pembelajaran murid dengan mendengar suara dan memberikan murid pilihan

  • Prinsip panduan guru terhadap murid adalah menghargai, keterlusan dan ketulusan (Absolum, 2010)

PELAKSANAAN KURIKULUM: PEMBELAJARAN OPTIMUM MURID

Persoalan : Bagaimanakah Pembelajaran Optimum murid dirancang?

Nota tambahan bagi kefahaman berkaitan Pengenalan Penghayatan Kurikulum

Pengenalan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) oleh Dr. Nor 'Azah binti Ahmad Safran


Falsafah Pragmatisme.pdf

Falsafah Pragmastisme John Dewey dan Pembelajaran Sepajang Hayat dalam Muallaf