Jalinan Dan Jaringan Komuniti

Objektif:

Para peserta boleh mengenal pasti cara-cara berinteraksi dan menguatkan hubungan dengan komuniti di sekitar sekolah

Pengenalan

Bagi memastikan pendidikan yang berkualiti, semua lapis komuniti perlu terlibat dalam proses pembangunan aspek akademik dan insan pelajar. Modul ini bertujuan untuk membantu para peserta mengenali komuniti yang terlibat dengan lebih intim, terutamanya ibu bapa, dan cara untuk menjalin hubungan dengan pihak komuniti. Hal ini supaya para pelajar akan mendapat sokongan sepenuhnya di sekolah dan juga di rumah.

Dalam modul ini, beberapa individu yang pakar bekerja dengan komuniti-komuniti di Malaysia akan dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka dengan para peserta.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai slot modul ini atau tatacara menggunakan platform yang disediakan, maklumat yang lebih lanjut boleh didapati di dalam panduan yang disediakan.

RAKAMAN SESI UNTUK MODUL INI