Konsep
Pengajaran & Pembelajaran

PENGERTIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • Pengajaran merupakan satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.

  • Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik & teliti serta melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalakkan & memotivasikan murid-murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan & menguasai kemahiran yang diperlukan ( Mok Soon Sang, 2004).

  • Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yg melibatkan keterampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan intelek (Rahil mahyuddin, 2000).

  • Tiga kriteria penting dalam proses pembelajaran ialah wujudnya perubahan tingkah laku, penglibatan aspek kognitif dan perubahan melalui pengalaman atau latihan (Stalling, 1973).

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGAJARAN

  • Mendapatkan Pengetahuan Tentang Latar Belakang Murid (Status Sosioekonomi, Kebudayaan Dll) Dan Menggunakan Pengetahuan Tersebut Untuk Merancang Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

  • Menyelaraskan Tiga Komponen Yang Utama Iaitu Objektif Pembelajaran, Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Yang Akan Digunakan Untuk Menilai Keberkesanan Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Telah Dilaksanakan.

  • Memaklumkan Kepada Pelajar Dengan Jelas Tentang Objektif Pembelajaran Dan Ekspektasi Guru Terhadap Murid Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

  • Memberi Keutamaan Kepada Penyampaian Pengetahuan Dan Kemahiran Yang Telah Ditentukan Dalam Objektif Pembelajaran Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran.

  • Memberi Bantuan /Sokongan Kepada Murid Untuk Melaksanakan Aktiviti Supaya Murid Dapat Mencapai Objektif Pembelajaran.

  • Menilai Keberkesanan Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Telah Dijalankan Berdasarkan Penilaian Murid Dan Maklum Balas Daripada Murid.

PEMBELAJARAN

  • Pengetahuan sedia ada seseorang murid dapat membantu atau menghalang proses pembelajaran seterusnya.

  • Kaedah yang digunakan oleh murid untuk mengorganisasikan pengetahuan mempengaruh cara dia belajar dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut apabila terdapat keperluan.

  • Motivasi terutamanya motivasi dalaman/intrinsik berperanan penting untuk mengekalkan murid dalam proses pembelajaran

  • Seseorang murid bukan sahaja perlu menguasai pengetahuan atau kemahiran yang diajar, malah dia perlu boleh mengintegrasikan pengetahuan tersebut serta mengetahui masa yang sesuai untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut.

  • Maklum balas daripada guru adalah penting untuk membantu murid meningkatkan kualiti pembelajarannya.

  • Persekitaran pembelajaran yang kondusif dari segi fizikal, sosial dan emosi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.

PROSES PEMBELAJARAN: Model Pembelajaran Sembilan Fasa Gagne

  1. Mendapatkan perhatian murid

  2. Memberitahu objektif pembelajaran kepada murid

  3. Merangsang murid untuk mengingati pembelajaran yang lepas

  4. Mempersembahkan rangsangan untuk sesi pembelajaran kepada murid

  5. Memberi bimbingan dan bantuan kepada murid

  6. Murid menunjukkan prestasi dengan memberi tindak balas kepada rangsangan (mengeluarkan maklumat daripada ingatan)

  7. Memberi maklum balas kepada murid untuk memperkukuhkan kefahaman murid atau membetulkan kesalahan

  8. Menilai prestasi murid dengan pelbagai cara pentaksiran seperti soal jawab

  9. Generalisasi (memperkukuhkan ingatan dan pemindahan maklumat baharu ke konteks yang lain/ baru)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN

      • Ingatan dan lupa

      • Pemindahan pembelajaran

      • Kesediaan pembelajaran

      • Kecerdasan

      • Kemahiran berfikir

      • Gaya kognitif

      • Persepsi dan penanggapan

IMPLIKASI PROSES PEMBELAJARAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


  1. Proses pembelajaran bermula daripada rangsangan luar. Oleh itu, guru mesti menyediakan rangsangan pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid melalui perancangan untuk memotivasikan pelajar melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  2. Guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran kepada murid sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Langkah ini membolehkan murid menyediakan diri dan juga mengingati pembelajaran lampau.

  3. Guru perlu memberi maklum balas kepada murid sebaik saja murid memberi respons. Langkah ini dapat mengukuhkan konsep ilmu yang diperoleh murid, guru juga boleh memperkukuhkan kefahaman murid terhadap pengetahuan atau membantu murid membetulkan kesalahan.

  4. Bimbingan dan bantuan guru adalah penting sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

  5. Guru perlu menyediakan kaedah pentaksiran yang sesuai untuk menilai tahap penguasaan pengetahuan murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

CONCEPT OF TEACHING

Oleh: Cy Fresto