Panduan Peserta Kursus

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu peserta kursus menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Ia memberi peluang kepada peserta kursus untuk mendapatkan maklumat dan memperkaya maklumat tersebut sesuai dengan hasil pembelajaran kursus ini.

Modul ini terdiri daripada 2 mod interaksi yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 10 hari seperti dibawah:


PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan peserta kursus membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika peserta kursus dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar peserta kursus mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

Anda boleh melengkapkan modul-modul berkenaan mengikut masa dan kesesuaian gaya pembelajaran masing-masing, namun perlu mengikuti jadual kerana komponen segerak akan menggunakan kandungan yang dipelajari dalam modul pembelajaran kendiri.


PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Tajuk dan jumlah jam pembelajaran dalam talian adalah berdasarkan kepada Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus yang ditawarkan.


Sila rujuk Jadual Pelaksanaan dan Video Penerangan Pelaksanaan Kursus Induksi untuk maklumat lanjut

SASARAN KURSUS

Guru lantikan secara Contract of Service (CoS) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diwajibkan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM).


PENTAKSIRAN

Peserta akan dinilai secara pentaksiran melalui kuiz dalam talian. Kursus ini tidak melibatkan peperiksaan bertulis pada akhir kursus.


PAUTAN-PAUTAN TELEGRAM

Untuk mendapatkan pengumuman terkini, para peserta WAJIB menyertai kumpulan rasmi di Telegram menggunakan pautan-pautan di bawah:


ETIKA PEMAKAIAN

Sepanjang kursus induksi ini dijalankan, para peserta WAJIB memakai pakaian formal mengikut etika pakaian penjawat awam

  • Bagi peserta-peserta lelaki, anda boleh memakai baju berkolar, baju batik, atau baju Melayu

  • Bagi peserta-peserta perempuan, anda boleh memakai baju-baju tradisional (contoh: baju kurung, baju Punjabi) atau baju yang menutup bahu

TATACARA MENGGUNAKAN SALURAN-SALURAN MEDIA YANG DISEDIAKAN

Panduan penggunaan aplikasi Zoom melalui telefon bimbit

Sila gunakan emel dan nama penuh yang didaftar sebagai log-in kepada akaun Zoom anda.

Emel yang didaftar boleh disemak melalui pautan ini: https://semakpeserta.patdec.com.my/

Nota: Sekiranya sambungan internet anda tidak stabil, anda boleh mengikuti sesi Zoom melalui panggilan telefon ini (+603-9212 1727) untuk menggunakan fungsi "dial-in" Zoom.

Panduan penggunaan aplikasi Zoom melalui komputer atas meja

Sila gunakan emel dan nama penuh yang didaftar sebagai log-in kepada akaun Zoom anda.

Emel yang didaftar boleh disemak melalui pautan ini: https://semakpeserta.patdec.com.my/

Nota: Sekiranya sambungan internet anda tidak stabil, anda boleh mengikuti sesi Zoom melalui panggilan telefon ini (+603-9212 1727) untuk menggunakan fungsi "dial-in" Zoom.

Panduan penggunaan aplikasi Kumospace bagi sesi-sesi refleksi secara berkumpulan

PAUTAN KE MODUL-MODUL DALAM TALIAN

Sila rujuk pautan ini (https://semakpeserta.patdec.com.my/) untuk mendapatkan:

  1. Emel yang didaftar

  2. Kumpulan Kursus Induksi

  3. Slot (masa) bagi sesi segerak

  4. Pautan dan maklumat terperinci bagi semua modul-modul dalam talian

MODUL-MODUL KURSUS INDUKSI GURU CONTRACT OF SERVICE