Pendekatan, Strategi, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Kerangka pengajaran merangkumi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Ia memberikan satu gambaran dan pemahaman yang lebih jelas bagi seorang guru untuk melaksanakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang saling berhubung kait dengan lebih berkesan.

PENDEKATAN

Cara mendekati sesuatu, iaitu bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang.

Contoh:

  • Induktif

  • Eklektif

  • Deduktif

  • Tematik

  • Integratif

STRATEGI

Suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.

Contoh:

  • Pemusatan Murid

  • Pemusatan Guru

  • Berasaskan Bahan

  • Berasaskan Tugasan

KAEDAH & TEKNIK

Kaedah Pengajaran: Cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran

Teknik Pengajaran: Suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran

Contoh:

  • Sumbang saran

  • Bercerita

  • Perbincangan

  • Demonstrasi

  • Main Peranan

dan lain-lain

Nota untuk rujukan

6 - 3.1 PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH PENGAJARAN.pdf