Pertumbuhan dan Perkembangan Individu

KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

  • Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah fokus utama dalam psikologi pendidikan.

  • Pertumbuhan manusia merujuk kepada perubahan fizikal atau struktur badan secara kuantitatif yang boleh dinilai dan diukur mengikut peringkat dan tempoh masa.

  • Pertumbuhan dapat dilihat secara nyata berdasarkan pengukuran.
    Contoh: ketinggian/ berat badan / bilangan saraf-saraf otak.

  • Perkembangan pada manusia merujuk kepada perubahan kualitatif. Walaupun perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi perubahan ini jelas dilihat seiring dengan peredaran masa.

  • Perkembangan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu dan berterusan sepanjang hayat. Contohnya: Kanak-kanak akan mengenali objek kemudian memberi nama kepada objek tersebut.

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

  1. Arah Cephalocaudal (Arah kepala ke kaki): Perkembangan bermula dari kepala dan bergerak ke belakang tubuh badan dan ke kaki. Contoh: kanak-kanak pada mulanya meniarap, mengangkat dadanya, kemudian dapat mengangkat kepalanya.

  2. Arah Proximodistal (Arah pusat ke tepi): Berlaku dari pusat badan dan bergerak menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota. Contoh: Bayi menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari.

  3. Menyeluruh: Bayi memberi gerak balas keseluruhan badannya terhadap sesuatu rangsangan kerana tulang dan otot belum matang. Contoh: Apabila seorang bayi cuba mengambil sesuatu benda, hampir seluruh badannya akan bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangannya.

  4. Berterusan: Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Apa yang berlaku di satu peringkat mempengaruhi peringkat-peringkat yang lain.

  5. Semua manusia mempunyai corak perkembangan yang sama tetapi mengikut kadar yang berlainan

  6. Proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam keadaan saling berkaitan, dan mempengaruhi keseluruhan organisma.

  7. Proses perkembangan berlaku dari general kepada spesifik dan konkrit kepada abstrak.

  8. Perkembangan berlaku secara berperingkat. Contoh: Bayi – kanak-kanak – pertengahan kanak-kanak – peringkat awal remaja – peringkat remaja - peringkat dewasa.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN INDIVIDU

Faktor Endogen

Sifat yang dibawa individu sejak dlm kandungan hingga lahir. Ini adalah faktor baka.

Baka, Pemakanan, Kesihatan Ibu, Dadah & Alkohol, Teratogen, Rh Darah, Kesan X-Ray, Emosi Ibu, Umur Ibu, Merokok

Faktor Eksogen

Sifat yang diperolehi dari luar/ persekitaran individu

Pemakanan, Tempat Tinggal, Pusat Ibadah, Media, Persekitaran, Rakan Sebaya, Keluarga, Sekolah

IMPLIKASI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN TERHADAP GURU


  • Guru mempunyai kesedaran bahawa setiap murid mempunyai kadar pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza.

  • Guru lebih sabar dan prihatin dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana setiap guru faham bahawa setiap murid mempunyai kadar pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza dari aspek jasmani, mental, sosial dan emosi.

  • Guru dapat menetapkan objektif, isi kandungan, aktiviti-aktiviti dan penilaian pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid.

  • Guru dapat merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat merangsang pertumbuhan dan perkembangan murid.

  • Guru dapat mengetahui kemampuan dan potensi murid dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif supaya dapat memaksimumkan potensi murid.

  • Guru dapat merancang aktiviti ko-kurikulum dan program yang sesuai dan dapat menarik minat murid yang terdiri daripada pelbagai peringkat pertumbuhan dan perkembangan

What is the most important influence on child development | Tom Weisner | TEDxUCLA