KURSUS INDUKSI

GURU BAHARU

LANTIKAN SECARA KONTRAK (CoS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini telah melantik calon-calon guru yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam bagi Jawatan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara. Sehubungan dengan itu, semua guru yang telah dilantik diwajibkan mengikuti Modul Kursus Induksi Guru Baharu Lantikan Secara Kontrak (CoS).

Semua guru baharu lantikan secara kontrak (CoS) juga perlu melengkapkan semua komponen dalam kursus induksi sebagai persediaan mengikuti Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (PDPP). Sijil kehadiran kursus induksi ini wajib dikemukakan semasa mendaftar untuk mengikuti PDPP pada bulan Oktober 2022.

Objektif Kursus:

  • Memberi pendedahan awal mengenai dasar dan pendidikan negara

  • Memberi pendedahan awal mengenai psikologi pendidikan, pedagogi dan pentaksiran

  • Memberi pendedahan mengenai kepentingan visi diri dan pelajar serta memahami komuniti di persekitaran baharu di sekolah

Ucapan Perasmian oleh Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Video KPPM.mp4

Ucapan Perasmian oleh En. Chan Soon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Teach For Malaysia & Penerangan Pelaksanaan Kursus Induksi oleh Pn. Chew Mei Yee, Ketua Bahagian Latihan dan Sokongan

Complete (no subtitles).mp4