Pengurusan Bilik Darjah

Konsep Pengurusan Bilik Darjah ?

Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra bagi mengurangkan masalah tingkah laku.


Pengurusan bilik darjah yang efektif memerlukan guru:

  • Merancang

  • Mengelola

  • Mengawal

  • Membuat Refleksi

  • Menjalin Hubungan Guru-Murid

Kepentingan Membina HUBUNGAN POSITIF Guru-Murid

Kepentingan Kepada Guru

  • MOTIVASI: Menaikkan motivasi dan semangat untuk mengajar kerana proses PdP lancar.

  • PDP SERONOK: Murid memberi kerjasama dan ini memberikan kesan yang baik.Penglibatan aktif dapat mendorong guru menyediakan aktiviti yang lebih praktikal.

  • SENANG DIKAWAL: Murid senang bekerjasama dengan guru. Guru dapat mengurus dan mengawal murid dengan efektif.

  • MENAIKKAN IMEJ GURU: Apabila kelas dikawal dengan baik dan ativiti pengajaran dijalankan dengan berkesan, guru akan lebih dihormati dan dipandang mulia.

Kepentingan Kepada Murid

  • MINAT BELAJAR: Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik dapat merangsang minat murid dalam PdP.

  • KERJASAMA: Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta memberi peneguhan yang sesuai.

  • PENCAPAIAN AKADEMIK: Dapat mengenal pasti kebolehan murid. Hubungan yang mesra dan kondusif dapat memperbaiki prestasi akademik murid.

  • MOTIVASI BELAJAR: Mendorong murid belajar dengan tekun.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Positif Guru-Murid

KUALITI PERIBADI GURU EFEKTIF

  • Penampilan Dan Bahasa Badan Guru

  • Cara pemakaian yang sesuai melambangkan disiplin dan imej profesion keguruan.

  • Bahasa Kontak Badan Guru

  • Bertenaga dan bersemangat untuk mengajar, gerak-geri dan bahasa badan yang bertenaga serta menonjolkan perwatakan yang positif dengan nilai yang baik.

KOMPETENSI BUDAYA

Sikap, pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku yang dipunyai oleh guru membolehkan dirinya membentuk hubungan yang positif dan bekerjasama secara efektif dalam situasi bilik darjah yang terdiri daripada murid pelbagai bangsa dan budaya.

KOMPETENSI PdP

KPM amat menekankan pembangunan profesionalisme berterusan bagi guru untuk meningkatkan kompetensi dan prestasi yang lebih mantap dalam mendepani pendidikan masa kini serta bertepatan dengan dasar-dasr pendidikan negara. Hasrat ini adalah selaras dengan Anjakan 4: Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas.

PENGHAYATAN DAN AMALAN NILAI

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara sesuatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Bagaimanakah Tingkah Laku Seorang Guru?

SENTIASA POSITIF: Mengutamakan kesihatan mental dan kesejahteraan murid

ADIL: Menyebelahi pihak yang benar bagi memperoleh kepercayaan murid

BERHEMAH TETAPI TEGAS: Memberi peneguhan yang sesuai

BERSOPAN: Menunjukkan contoh teladan yang baik

TELADAN YANG BAIK: Kelakuan dan percakapan yang baik

BEREMPATI: Memahami dan memberi peluang untuk bincang masalah

Kesan Positif Terhadap Persekitaran Pembelajaran Yang Baik

  • Ruang pembelajaran dan pengajaran kelihatan ceria, bersih dan teratur

  • Menarik perhatian murid untuk belajar

  • Keadaan kelas yang memotivasikan

  • Bilik darjah dilengkapi dengan alat bantu mengajar

  • Memberi ruang untuk mengembangkan potensi murid