Kaedah dan Teknik
Pembelajaran Kontemporari

Matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM, 2013) adalah supaya pembelajaran abad ke-21 boleh melahirkan murid yang intelektual, berkeupayaan produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Sehubungan itu guru-guru perlu menerima perubahan dan bersedia untuk melengkapkan diri dengan pedagogi terkini bagi meningkatkan profesionalisme mereka untuk menghadapi pendidikan abad ke-21.

  1. Pembelajaran Koperatif (Cooperative Learning)

  2. Pembelajaran Teradun (Blended Learning)

  3. Pembelajaran Terbalik (Flipped Learning/ Flipped Classroom)

  4. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (Inquiry Based Learning)

  5. Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning)

  6. Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)

  7. Pembelajaran Terbeza (Differentiated Learning)

Pembelajaran Koperatif (Cooperative Learning)

  • Satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isikandungan mata pelajaran

  • Pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran

  • Kejayaan individu ditentukan oleh kejayaan kumpulan

Pembelajaran Teradun (Blended Learning)

  • Satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan kaedah pembelajaran bersemuka dengan aktiviti bermedia komputer

Pembelajaran Terbalik (Flipped Learning)

  • Murid belajar di rumah terlebih dahulu dengan bahan-bahan atas talian yang dibekalkan guru

  • Di sekolah, aktiviti interaksi berlaku, seperti perbincangan, sumbang saran dan soal jawab.

Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (Inquiry Based Learning)

  • Menekankan pembelajaran melalui perolehan pengalaman murid sendiri

  • Murid mengemukakan soalan, penyataan masalah atau hipotesis untuk dijadikan sebagai topik kajian

  • Murid mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber rujukan diikuti dengan aktiviti penyusunan dan pengkategorian maklumat.

  • Murid menganalisis maklumat yang diperoleh dan melakukan perbincangan untuk menjana idea baharu

  • Murid membuat kesimpulan dan membentangkan hasil dapatan.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning)

  • Satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran

  • Guru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang bersesuaian dengan topik yang diajar

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) (Project Based Learning)

  • PBP (PBL) ialah satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan murid-murid dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri yang kompleks bagi menyelesaikan persoalan duniasebenar yang akhirnya akan menghasilkan suatu output pembelajaran

  • Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/ terancang dalam jangka masa tertentu.

  • PBP memerlukan pelajar bekerja dalam satu pasukan secara kolaboratif yang melibatkan penerokaan masalah sebenar dalam kehidupan.

Pembelajaran Terbeza (Differentiated Learning)

  • Murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi mereka.

  • Pembelajaran Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan dan kemampuan pembelajaran

  • Pengajaran dirancang dan dilaksanakan mengikut:

    1. Gaya pembelajaran murid

    2. Kesediaan murid

    3. Minat murid