Pentaksiran Autentik

  • Penilaian autentik adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Mueller, 2014 )

  • Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada formal seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.

  • Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini lebih kepada penggunaan / amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam kedaan sebenarnya (Bhasah, 2007).

  • Pentaksiran Autentik lebih kepada penggunaan atau amali terhadap sesuatu tugasan yang menghampiri kepada tugasan yang dilakukan dalam keadaan sebenar.

  • Dalam konteks bilik darjah, aplikasi pentaksiran autentik memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang agak kompleks tetapi bererti, berasaskan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah sebenar berlaku.

  • Membabitkan murid-murid secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan penaksiran yang dilakukan secara berterusan

  • ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam penaksiran autentik.

  • Satu pentaksiran yang silih berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami.

Pentaksiran alternatif, pentaksiran secara terus, pentaksiran prestasi dan pentaksiran portfolio, kesemuanya merujuk kepada alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard.

Saptu & Said ( 2011)

Bentuk pentaksiran yang berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar.

Logsdon (2011)

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK

  • Pentaksiran adalah berdasarkan kepada prestasi dan memerlukan murid menunjukkan penguasaan terhadap kemahiran tertentu.

  • Bentuk pentaksiran yang dijalankan menyerupai situasi sebenar dalam aspek konteks dan attitude professional serta kecekapan

  • Menekankan kepada proses pembelajaran, bukan hanya kepada markah peperiksaan

  • Peluang murid membina pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah.

  • Semakin hampir sesuatu tugasan kepada keadaan sebenar semakin tinggi darjah autentik pentaksiran tersebut

  • Menarik minat murid dan memberi motivasi kepada murid dalam menyelesaikan tugasan, menyeronokkan, mencabar dan boleh diselesaikan oleh murid

  • Sejajar dengan kehendak hasil pembelajaran, kandungan kurikulum dan maklumat kerjaya masa hadapan

  • Memberi evidens yang kukuh membuktikan bahawa murid telah mencapai kehendak hasil pembelajaran

PERBANDINGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DENGAN PENTAKSIRAN KONVENSIONAL

PENTAKSIRAN AUTENTIK

  • Melaksanakan tugas

  • Relevan dengan kehidupan

  • Aplikasi hasil yang asli

  • Berfokus murid

  • Menggalakkan kolaboratif

  • Evidens secara langsung

  • Berterusan dalam jangka masa panjang

PENTAKSIRAN KONVENSIONAL

  • Memilih jawapan

  • Simulasi dan terkawal

  • Mengingat dan mengenal pasti

  • Berfokuskan guru

  • Eviden secara langsung

  • Ditamatkan dalam masa yang ditetapkan

KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

MURID

  • Murid mampu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran

  • Proses yang boleh mereflek tahap pembelajaran murid, kejayaan, motivasi dan sikap

  • Memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan penambahbaikan

  • Melalui aktiviti dapat meningkatkan komunikasi murid

  • Murid dapat memahami kehendak hasil pembelajaran


GURU

  • Guru dapat melihat perkembangan pencapaian murid

  • Guru dapat menilai keupayaan murid menggunakan sesuatu kemahiran untuk menghasilkan yang baharu

  • Guru dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan sekira murid tidak dapat menguasai

  • Memudahkan guru membuat pentaksiran secara individu berdasarkan pemerhatian yang berterusan sepanjang proses belajar