MAKLUMAN TERKINI

PENGUMUMAN DAN AKTIVITI TERKINI JHEP

DIRGAHAYU TUANKU

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus dengan setulus hati dan penuh takzim merafak sembah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

sempena memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Tuanku.

Kami mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

GALERI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

mesyuarat mppp & bengkel pemurnian item pentaksiran pbd ipgkpt

En Ruba'ie bin Said, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik telah berada di Terengganu English Language Teaching & Training Center (TELTTraC) selama 3 hari dari 23 hingga 25 Mei 2023 untuk menghadiri Mesyuarat MPPP IPGKPT.


Sementara itu, Pn Norsida Ibrahim, Ketua Unit Pembangunan Insaniah dan En Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib, Ketua Unit Rekod, Data & Alumni pula berada di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Port Dickson dalam tempoh yang sama untuk menghadiri Bengkel Pemurnian Item Pentaksiran PBD.


Tugas Ketua Jabatan JHEP dipangku oleh En Mohd Asri bin Abdul Aziz, Ketua Unit Disiplin dan Kebajikan dalam tempoh berkenaan. 


MESYUARAT JABATAN HAL EHWAL PELAJAR KALI KE-4 TAHUN 2023

Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik telah mengadakan Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kali ke-4 Tahun 2023 dengan ketetapan berikut:


Tarikh: 19 Mei 2023
Hari: Jumaat
Masa: Bermula jam 8:30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat JHEP.


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Rubaie bin Said telah dihadiri oleh semua ahli jabatan. Pelbagai laporan dan perkembangan terkini dilaporkan, di samping pembentangan PLC oleh En Muhammad Fazdhly, KU Rekod, Data dan Alumni. Ahli mesyuarat juga turut meraikan antara satu sama lain dengan membawa pelbagai jenis juadah potluck.

SELAMAT HARI GURU DARI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik dan siswa pendidik di IPGKPT khususnya dan di seluruh negara amnya.

Pasang surut berhenti dahulu,

Sudah pasang baru berangkat,

Orang patut menghormati guru,

Petua dipegang ilmu diingat.

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.


Ikhlas daripada

Ketua Jabatan dan Warga Kerja

Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKPT

KURSUS KEPIMPINAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2023/2024

Kursus Kepimpinan JPP IPGKPT Sesi 2023/2024 telah dijalankan mengikut ketentuan berikut:

Tarikh: 12 hingga 14 Mei 2023

Tempat: Chalet Darul Aslah, Pengkalan Balak, Melaka

Penceramah:

Video JHEP(1).mp4

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT WARGA IPGKPT

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Pendidikan Teknik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua warga IPGKPT. Moga sinar Syawal membawa kebahagiaan kepada kita semua selepas sebulan berjihad menahan lapar dan dahaga.

Moga Allah SWT menerima amalan kita semua dalam bulan Ramadan yang lalu.


Program Karnival Junior Academician "Dari Siswa Untuk Siswa" akan berlangsung pada hari Isnin (30 januari 2023). Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti :



Semua warga IPGKPT dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini. 

PAUTAN UMUM   PAUTAN WARGA IPGKPT PAUTAN PELAJAR IPGKPT

Kementerian Pendidikan Malaysia                       (MySMP)

Institut Pendidikan Guru Malaysia

IPG Kampus Pendidikan Teknik


© 2022 Laman Web Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik . Hakcipta Terpelihara.

Pihak JHEP IPGKPT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.