UNIT DISIPLIN DAN KEBAJIKAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
SUB-UNIT DISIPLIN
BIDANG TUGAS :
Memastikan semua pelajar mematuhi peraturan IPG dan AKTA 174 .
Menguruskan penyediaan dokumen, prosiding bagi kes-kes salah laku pelajar diuruskan dengan betul untuk dimajukan ke Lembaga Tatatertib IPG.
Menjadi urus setia kepada Lembaga Tatatertib IPG dan seterusnya menyediakan laporan tindakan tatatertib.
Menghantar nama dan dokumen pelajar yang memohon rayuan hukuman tatatertib bersama dokumen yang diperlukan ke PHEP IPGM.
Menguruskan surat/borang saman pelajar, untuk tindakan dari segi jumlah dan rekod saman bagi hukuman tatatertib terus (denda) seperti kesalahan lalu lintas.
Mengurus dan memproses Borang Salah Laku Pelajar yang dihantar oleh pensyarah/warga IPG.
Mengurus dan memantau kehadiran dan semua acara rasmi institut (perhimpunan rasmi, perhimpunan professionalisme pelajar, perhimpunan khas, aktiviti pelajar).
Menghantar laporan analisis tindakan tatatertib di bawah akta 174 dua (2) kali setahun kepada PHEP.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.
SUB-UNIT KEBAJIKAN
BIDANG TUGAS :
Memberi maklumat, panduan dan nasihat kepada pelajar mengenai kes-kes perkahwinan, tangguh, tukar pusat pengajian dan berhenti kursus.
Menguruskan permohonan berkahwin, tangguh, sambung pengajian dan berhenti kursus.
Membantu hal-hal berkaitan dengan aduan pelajar seperti elaun, akademik dan lain-lain.
Menguruskan lawatan ke luar negara pelajar secara persendirian atau berkumpulan.
Menguruskan pengurusan insuran untuk semua pelajar.
Menghantar nama dan dokumen pelajar yang memohon rayuan tangguh, sambung dan tukar pusat pengajian serta pecah kontrak bersama dokumen yang diperlukan ke PHEP IPGM dan salinan kepada Unit Data dan Rekod IPG Kampus.
Menyelaras kes-kes kecemasan dan pelajar sakit semasa waktu pejabat.
Mengurus, menyedia dan menghantar nama serta dokumen pelajar yang ditamatkan pengajian ke PHEP IPGM untuk dibawa ke MJKP.
Memaklumkan keputusan pecah kontrak MJKP yang dihantar oleh PHEP kepada pihak atasan dan pelajar.
Menguruskan proses tuntutan ganti rugi pelajar yang ingkar Perjanjian Pendidikan Guru mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.
SISTEM eDISIPLIN