Program Suwanita diadakan bagi menggalakkan pembinaan sahsiah dalam kalangan siswi guru pelatih agar lebih proaktif untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan dalam kalangan siswi wanita, malahan ia juga dapat mewujudkan semangat muhibah dan persaudaraan seterusnya membentuk komuniti yang cakna akan kesihatan melalui permainan yang dijalankan.
Aktiviti Zumba dilaksanakan dengan diiringi lagu yang rancak bagi sesi pemanasan badan peserta sebelum pertandingan berlangsung.
Setiap kumpulan perlu bersaing untuk memijak dan memecahkan belon pada kaki pihak lawan. Kumpulan yang paling banyak mempunyai bilangan belon yang belum pecah dikira sebagai pemenang.
Peserta dikehendaki membawa alat pencedok air masing-masing. Air akan dituang oleh rakan dihadapan kepada rakan di belakang mereka sambil menutup mata. Kumpuln yang berjaya mengumpul isipadu air yang paling banyak dikira sebagai pemenang.
Hadiah disampaikan kepada para pemenang sebagai tanda penghargaan kepada siswi yang bertungkus lumus untuk memenangi pelbagai acara yang dipertandingkan.