KETUA JABATAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PERUTUSAN KETUA JABATAN

RUBA'IE BIN SAID

KETUA JABATAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Tahniah, laman sesawang rasmi JHEP IPGKPT ini tersedia untuk dilayari dan mampu berfungsi sebagai sumber maklumat yang efektif kepada warga kampus dan umum.


Laman sesawang ini merupakan rujukan utama warga kampus dan wajar dikekalkan sebagai ruangan  maklumat dan berfungsi sebaik mungkin sebagai sumber maklumat khusus yang sahih dan efektif.


Saya mengharapkan komitmen yang tinggi dari warga kampus untuk mengetuai keseluruhan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar IPGKPT terutamanya menguruskan hal ehwal pelajar dan alumni di kampus bagi melahirkan mahasiswa guru yang beradab tinggi serta  mampu mencapai visi iaitu IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru serta dapat melahirkan guru yang bersaing secara sihat di peringkat global.


Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua warga IPGKPT, JHEP sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi semua warga kampus.


Akhir kata, diharapkan dengan tersedianya laman sesawang rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar ini dapat menyalurkan maklumat yang lebih terserlah dan dapat dirujuk oleh warga kampus dan umum.

BIODATA AKADEMIK KETUA JABATAN

Pensyarah TVET
Pendidikan:
1) Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) (2015)
2) Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanik (Dengan Kepujian) (2006)
3) Sijil Perguruan Khas, Maktab Perguruan Teknik (1992)
4) Sijil Politeknik, Politeknik Ungku Omar (1990)
Sijil Kemahiran:
1) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang HVAC
2) VTEOM - CIAST
Pengalaman Kerjaya:
1) Sekolah Menengah Vokasional Kluang, Johor (1992 – 2010)
2) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, Pontian, Johor (2010 – 2012)
3) IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan (2015 - kini)