UNIT REKOD, DATA DAN ALUMNI
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
SUB-UNIT REKOD DAN DATA
Mengurus, menyimpan dan melupus rekod/dokumen/ Perjanjian Pendidikan Guru, fail peribadi pelajar mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Mengemaskini, mengumpul, merekod kes dan data pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib/berkahwin/berhenti/tangguh pengajian/sambung pengajian/tukar pusat pengajian dan pecah kontrak.
Mengurus dan mengawal selia data pelajar dalam MySMP.
Memastikan proses verifikasi data pelajar dalam MySMP dilakukan pada setiap bulan sebelum 5hb.
Mengurus dan memastikan semua pelajar tahun akhir mengisi e-posting melalui MySMP.
Menyelaras dan memastikan semua pelajar semester akhir mengisi JobsMalaysia.
Mengurus dan mengesahkan permohonan Tapisan Keselamatan Pelajar (e-vetting).
Menguruskan proses Program Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan sebelum, semasa dan selepas.
Menyediakan laporan penilaian keberkesanan Program Pendaftaran dan Pengurusan PelajaR Baharu untuk dihantar ke PHEP, IPGM (IPGM-PPK-PT-03).
Memberikan Taklimat Pengisian dan Kepentingan Borang Perjanjian Pendidikan Guru semasa Program Pengurusan Pelajar Baharu.
Menerima, mengumpul dan menyemak Borang Perjanjian Pendidikan Guru.
Mengurus dan memantau Buku Pendaftaran Pelajar bagi setiap kemasukan pelajar.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.Â
SUB-UNIT PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
Bertindak sebagai pegawai penghubung antara IPGM dan kampus yang berkaitan proses UKCG/UKF/temu duga/amali.
Menyelaras, mengurus dan mengawal selia tempat, hal-hal penyimpanan, pergerakan dan percetakan dokumen/bahan sulit serta alatan bagi urusan pelaksanaan saringan UKCG/UKF/temu duga/amali.
Mengurus calon hadir untuk melaksanakan UKCG/UKF dan temu duga/amali di pusat UKCG/UKF/temu duga masing-masing.
Mengurus gantian pengawas/penilai UKCG/UKF dan panel/penilai temu duga/amali di pusat UKCG/UKF/temu duga masing-masing sekiranya diminta.
Menguruskan promosi kerjaya guru bersama PHEP, IPGM dengan agensi luar.
Menyedia maklumat kapasiti pelajar kepada PHEP, IPGM bagi urusan penempatan ke IPG.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.
SUB-UNIT ALUMNI
Mengumpul maklumat data alumni.
Mengawal selia aktiviti alumni IPG kampus.
Menyelaras dan mengawal selia jalinan kerjasama alumni dengan Stakeholder, komuniti, NGO dan antarabangsa.
Mengumpul maklumat berkaitan keperluan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan akademik, insaniah dan penjanaan kewangan alumni untuk membantu aktiviti kampus.
Menyelia dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Aduan Pelanggan Pelajar (IPGM-PPK-PUP 07).
Menyelaras penghantaran laporan alumni sekurang-kurannya dua (2) kali setahun ke PHEP, IPGM.
Menerima arahan dari KJ HEP dari semasa ke semasa.