PENGENALAN
Jabatan Hal Ehwal Pelajar diwujudkan untuk kerja-kerja tadbir urus perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan, keselamatan, rekod, data dan pembangunan insaniah pelajar. Ini untuk memastikan bakal guru yang dilahirkan mempunyai ciri-ciri insan sejahtera sesuai dengan dunia pendidikan yang semakin mencabar. Jabatan ini mempunyai empat unit utama, diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan seorang Ketua Unit Kanan. Unit-unit tersebut ialah Unit Disiplin dan Kebajikan, Unit Pembangunan Insaniah, Unit Data, Rekod & Alumni dan Unit Kolej Kediaman. Jabatan ini dibantu oleh satu orang Pegawai Pengurusan, seorang Penolong Pengurus Asrama, tiga orang Penyelia Asrama, seorang Pembantu Tadbir dan dua orang Pembantu Operasi.
FUNGSI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
Mengurus rekod, data dan statistik pelajar serta membuat pengemaskinian dari semasa ke semasa.
Mengumpul, menyalur dan membekalkan maklumat antara pihak pelajar, pensyarah, pentadbir, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Melaksana dan memantau program peningkatan dan pengembangan kendiri pelajar.
Memberi latihan asas dalam aspek penyuburan diri, kepimpinan dan pengurusan kepada pelajar.
Mengurus hal-hal kebajikan dan keselamatan pelajar.
Mempertingkatkan sahsiah dan disiplin keguruan pelajar.
Mengurus dan mentadbir hal-hal kediaman pelajar di dalam dan luar kampus.
VISI DAN MISI
VISI
Melahirkan guru sejahtera demi kelestarian pendidikan negara.
MISI
Berusaha ke arah melahirkan guru-guru keluaran IPGKPT yang berdaya tahan, bersahsiah terpuji, berketerampilan, berfikiran kritis dan kreatif serta berdaya saing di peringkat lokal dan global.
CARTA ORGANISASI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
DR. HANANI BINTI HARUN RASIT
PENGARAH
DR. ARIS FAZIL BIN HJ. UJANG
TIMBALAN PENGARAH
RUBA'IE BIN SAID
KETUA JABATAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
KHAIRULLAH BIN MOKHTAR
KU DISIPLIN DAN KEBAJIKAN
ZUL AZMI BIN MOKHLAS
PEN. KU DISIPLIN DAN KEBAJIKAN
NORSIDA BINTI IBRAHIM
KU PEMBANGUNAN INSANIAH
NOOR MARLINA BINTI MOHAMED NOOR
PEN. KU PEMBANGUNAN INSANIAH
MUHAMMAD FAUZAN BIN ABDUL WAHID
KU KOLEJ KEDIAMAN
ASRINA BINTI TOGI
PEN. PENGURUS ASRAMA
NORLIDA BINTI YAACOB
PENYELIA ASRAMA
MOHD NAFIZI BIN MOHD RAMLI
PENYELIA ASRAMA
NOR LIZA BINTI HAMIDON
PENYELIA ASRAMA
MOHD KHAIRUL BIN ISHAK
PEMBANTU OPERASI KOLEJ KEDIAMAN
MOHD KASHFI BIN MOHD JAILANI
KU DATA REKOD DAN ALUMNI
KAIRUL BIN NAHARAWI
PEGAWAI PENGURUSAN/PEN. KU DATA REKOD DAN ALUMNI/
SETIAUSAHA JABATAN
NARIZAH BINTI HAMID
PEMBANTU TADBIR (P/O)
SITI ZAWAHIR AZUDIN
PEMBANTU OPERASI PEJABAT HEP
© 2024 Laman Web Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik . Hakcipta Terpelihara.
Pihak JHEP IPGKPT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.