Biro Kebajikan & Sosial

PENGENALAN

Biro Kebajikan & Sosial merupakan biro yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pelajar serta mengeratkan hubungan antara pelajar bersama pelbagai pihak melalui pelaksanaan aktiviti sosial. Antara contoh kebajikan pelajar yang diambil berat adalah seperti isu makanan, isu pengangkutan pulang dan isu kebajikan yang berbangkit. Biro ini turut merancang aktiviti yang melibatkan hubungan sosial seperti penglibatan pelajar bersama pihak sekolah. Biro ini diketuai oleh Ainnur Munira binti Radzali dan dibantu oleh Muhammad Ridzwan bin Amir Shah.

VISI

Menguruskan kebajikan dan jaringan sosial yang utuh untuk semua bakal pendidik IPGKPT.

MISI

Kepimpinan insani meneraju kesejahteraan dan keamanan.

PERANAN

Menguruskan masalah kebajikan pelajar seperti perkara yang berkaitan dengan kafe, pengangkutan pulang dan isu-isu lain yang menjadi penghubung jaringan sosial antara pelajar dengan pengurusan.

AKTIVITI

Seeking Talent Day







Program Seeking Talent: Merdeka Art & Craft merupakan satu program yang dianjurkan bagi mencungkil bakat serta kreativiti bakal pendidik di samping menerapkan nilai patriotisme dalam jiwa masing-masing melalui tema kemerdekaan yang ditetapkan.

Program ini dijalankan sepanjang tempoh 22 Ogos sehingga 10 September dengan memberi peluang kepada para peserta untuk menghasilkan art & craft mengikut pilihan masing-masing. Seramai 11 orang peserta telah mendaftar dan menghantar hasil tangan yang disediakan pada tarikh yang ditetapkan.

Gambar Art N Craft Pemenang

Panel penilai telah melakukan penilaian secara teliti untuk menentukan pemenang pertandingan. Tiga orang peserta iaitu Nurul Nazihah binti Nasir (7P PAI 5), Nurul Meliyana binti Burkaini (7P BM5) dan Chu Zi Wen (3P RBT2) telah berjaya menambat hati para juri melalui art & craft yang telah dihantar. 


Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah berlangsung dengan gilang-gemilang dalam Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2023 di Dewan Kuliah, IPGKPT. Ketiga-tiga orang pemenang menerima sebuah hamper dan sijil manakala peserta lain menerima e-sijil daripada pihak penganjur program.

PROGRAM PERLAKSANAAN MINGGU SOLADIRITI PALESTI 

Program Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin merupakan program yang dijalankan sebagai kesatuan umat Islam. Penganjuran program ini merupakan satu inisiatif bagi memupuk semangat jihad dalam kalangan warga IPGKPT untuk membantu rakyat Palestin dari segi bantuan kemanusiaan serta spiritual.