Biro Kediaman Pelajar

PENGENALAN

Biro Kolej Kediaman merupakan badan yang membantu menerajui pentadbiran di kolej kediaman atau asrama dengan cara bekerjasama dengan pihak pengurusan asrama dalam melaksana segala program atau aktiviti yang berkaitan dengan kolej kediaman. Biro Kolej Kediaman ini dipimpin oleh Iman Nadia Binti Mohd Daud dan dibantu oleh saudara Muhamad 'Arif bin Mustafa. 

VISI

Biro Kolej Kediaman sebagai organisasi pengantara terbaik bagi memastikan hal ehwal pelajar di kolej kediaman terjamin.


MISI

Biro Kolej Kediaman menyediakan perkhidmatan menyokong sistem pengurusan kolej kediaman bagi mencapai kesejahteraan 3K di IPG Kampus Pendidikan Teknik.


PERANAN

Menjadi badan pelaksana bagi segala aktiviti yang melibatkan kolej kediaman serta merangka aktiviti yang bersesuaian melibatkan para pelajar demi kesejahteraan blok kediaman.

Menguruskan data pergerakan keluar dan masuk pelajar bagi mengenalpasti keberadaan pelajar demi kesejahteraan dan keselamatan pelajar.

Sebagai saluran penghubung antara pelajar dan pihak pengurusan asrama untuk mewujudkan persefahaman dan ketenteraman.

Membantu pentadbiran asrama dalam membentuk kerjasama antara pelajar di blok kediaman supaya aktiviti yang dilaksanakan berjalan lancar.

Gotong-royong pemulihan IPG Kampus Pendidikan Teknik ini dilaksanakan akibat ribut yang melanda pada hari Jumaat 24 Mac 2023. Gotong-royong ini melibatkan seluruh warga IPG Kampus Pendidikan Teknik yang terdiri daripada pihak staf, pensyarah dan semua pelajar.

Oleh itu, sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan misi baik pulih ini. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada semua warga IPG dari pelbagai kampus yang mendoakan kesejahteraan kami. Semoga ukhuwah yang dibina dapat berkekalan demi membangunkan siswa pendidik yang terbilang.