Biro Perhubungan Domestik & AntarAbangsa

PENGENALAN

Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa (PEDORA) bertindak sebagai pengantara dalam perhubungan JPP dengan pihak luar. Bukan itu sahaja, Biro PEDORA bertanggungjawab dalam menyelia segala kegiatan khidmat masyarakat antara pelajar dengan pihak luar bagi memperkasakan hubungan dalam institusi kemasyarakatan. Biro ini dipimpin oleh Nurul Arina binti Nor Hanaffi Musa dan dibantu oleh Kamalia Safra binti Roslan. 

VISI

Menjadi tulang belakang peneraju kepimpinan serta memberi layanan terbaik terhadap pelajar dan pengurusan IPG.


MISI

Menyediakan sistem perhubungan luar serta menjalinkan kerjasama dan saling mempercayai antara IPG.


BIDANG TUGAS


PROGRAM KERJA AMAL TERHADAP GOLONGAN GELANDANGAN DI KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADAN TAHUN 2023


Tarikh     :  8 April 2023 ( Sabtu )

Masa       : 10.00 pm - 5.00 am

Tempat  : Sekitar Kuala Lumpur

Anjuran : Persatuan Kebajikan Kolar Putih


Program Kerja Amal Tahun 2023 yang dilaksanakan ini merupakan suatu khidmat kesukarelawanan yang telah dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Kolar Putih. Persatuan ini merupakan suatu badan organisasi yang menyelia dan mengurus program dan khidmat kemasyarakatan dalam meringankan beban masyarakat dan menyebarkan manfaat kepada komuniti. Program Kerja Amal Tahun 2023 telah dianjurkan dengan tujuan menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas dan makanan sahur kepada golongan gelandangan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. Barangan keperluan harian yang diberikan ialah seperti pakaian dan kelengkapan mandi.  Seramai 5 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah dijemput sebagai sukarelawan dalam kerja amal ini.  Program Kerja Amal yang dilaksanakan telah menzahirkan rasa syukur yang lebih tinggi dalam diri setiap sukarelawan yang terlibat serta memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa antara ahli sukarelawan dan golongan gelandangan. Barisan JPP amatlah berbesar hati untuk meneruskan kolaborasi ini dalam menjayakan program sedemikian pada masa yang akan datang.

lawatan penanda aras ke ipg kampus temenggong ibrahim

Lawatan Penanda Aras ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI) yang bertempat di Johor telah dilaksanakan selama 2 hari, pada 23-24 Oktober 2023. Lawatan ini disertai oleh 8 orang pegawai JHEP IPGKPT, 27 orang JPP dan 2 orang AJK JPP.

KUNJUNGAN PENANDA ARAS IPG LAIN KE IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK