Biro Akademik

PENGENALAN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Akademik, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik diwujudkan selaras dengan penambahbaikan Kecemerlangan Akademik IPGKPT. Jawatankuasa ini disandang oleh seorang pengerusi iaitu Muhammad Iqbal Syafi Bin Abd Khair dan juga seorang naib pengerusi iaitu Tan Li Ling.


VISI

Biro Akademik sebagai organisasi yang ingin melahirkan bakal guru yang berketerampilan, berakhlak mulia, berdisiplin dan berwibawa selaras dengan aspirasi negara.

MISI

Biro Akademik menyediakan perkhidmatan bagi menyokong aktiviti sahsiah dan akademik yang dapat memenuhi ekspektasi guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.


PERANAN

Merancang dan melaksanakan kursus/bengkel/seminar yang berkaitan dengan pendidikan dalam kalangan guru pelatih.


Merancang dan melaksanakan aktiviti bercorak pendidikan dan pengurusan majlis untuk meningkatkan profesionalisme pelajar khususnya yang berkaitan dengan kemahiran dalam kependidikan guru.


Membentuk guru yang berkemahiran dan berpengetahuan.


Melahirkan guru pelatih yang berilmu, berkepimpinan, kerja profesional, akhlak dan moral, penyayang, hidup sihat dan estetika.


Melibatkan guru pelatih dalam setiap aktiviti agar dapat membina hubungan yang erat antara guru pelatih.


PROGRAM "WHAT BOOK I READ"


Program ''Membaca What Book I Read'' merupakan sebuah program yang dijalankan dengan kolaborasi bersama Perpustakaan IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menggalakkan seluruh warga IPGKPT membaca buku yang ada di dalam perpustakaan IPGKPT dan program ini juga merupakan salah satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan warga IPGKPT.


Program ini dijalankan di Pusat Sumber IPGKPT dari 11 hingga 14 April 2023 dan membuka peluang kepada seluruh warga IPGKPT. Program ini menarik minat warga IPGKPT sejumlah 122 peserta (26 2PPISMP, 17 2PISMP, 20 4PISMP, 53 6PISMP , 1 8PISMP dan 5 pensyarah). Tambahan lagi, kami juga menyediakan e-sijil untuk semua peserta dan program ini boleh memasukkan dalam sistem mySMP. 



Proses menyertai program "What Book I Read?"

Sijil Penyertaan Program 

"What Book I Read?"

Gambar penyerta program

Showcase Kapasiti pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) & Dlo-KPPB

Pada 18 April 2023 (Selasa), IPGKPT melaksanakan Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) & DLO-KPPB dari pukul 8.30 pagi hingga 1 tengah hari di Pusat Sumber IPGKPT. Showcase ini merupakan anjuran JKA, JU KPPB, JU DLO-KPPB serta JPP IPGKPT.  Program ini dirasmikan oleh Pengarah IPGKPT, YBrs. Dr. Hanani binti Harun Rasit. Semua pelajar terlibat dalam program ini tetapi hanya sebahagian pelajar menjadi pembentang :


Gambar situasi 

Majlis Anugerah Kecemerlangan 

Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Oktober 2022

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ini direka untuk siswa siswi yang telah menamatkan pengajian tinggi dan bercita-cita untuk menjadi pengajar profesional pada peringkat awal kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah atau institusi pengajian tinggi. Program kursus PDPP yang dikuhuskan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidiakn Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah.

 

Bagi individu yag mengikuti program ini, mereka akan melanjutkan pengajian selama 1 tahun ataupun 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Kursus yang ditawarkan oleh IPGKPT 

pada Program PDPP Ambilan Oktober 2022

Data bilangan penerima anugerah

Buku Program  Majlis Anugerah Kecerlangan Akademik PDPP Ambilan Oktober 2022