Hari Suwanita

IMG_0835.MOV
IMG_4435.MOV

HARI SUWANITA 2023

Program Suwanita diadakan bagi menggalakkan pembinaan sahsiah dalam kalangan siswi guru pelatih agar lebih proaktif untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan dalam kalangan siswi wanita, malahan ia juga dapat mewujudkan semangat muhibah dan persaudaraan seterusnya membentuk komuniti yang cakna akan kesihatan melalui permainan yang dijalankan. 

ZUMBA

Aktiviti Zumba dilaksanakan dengan diiringi lagu yang rancak bagi sesi  pemanasan badan peserta sebelum pertandingan berlangsung.

anak berlian

Setiap kumpulan perlu bersaing untuk memijak dan memecahkan belon pada kaki pihak lawan. Kumpulan yang paling banyak mempunyai bilangan belon yang belum pecah dikira sebagai pemenang.

air dicincang tak akan putus

Peserta dikehendaki membawa alat pencedok air masing-masing. Air akan dituang oleh rakan dihadapan kepada rakan di belakang mereka sambil menutup mata. Kumpuln yang berjaya mengumpul isipadu air yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

LARI DALAM GUNI

makin jauh makin sayang


TARIK TALI

penyampaian hadiah

Hadiah disampaikan kepada para pemenang sebagai tanda penghargaan kepada siswi yang  bertungkus lumus untuk memenangi pelbagai acara yang dipertandingkan.