Biro Kebudayaan & Kesenian

Pengenalan:

Kebudayaan dan kesenian merupakan lambang serta identiti yang sangat bernilai bagi sesebuah negara. Kebudayaan dan kesenian boleh menyumbang kepada perpaduan serta keharmonian negara. Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum, agama, kepercayaan dan kebudayaan. Melalui kepelbagaian ini, kita sebagai seorang siswa pendidik seharusnya membantu negara dalam memartabatkan kebudayaan dan kesenian negara kita supaya dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat serta mewujudkan negara yang harmoni.

Visi

Melahirkan bakal guru yang berpegang teguh kepada Falsafah Pendidikan Guru dan kebudayaan bangsa Malaysia di samping memelihara kesenian serantau dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.


Misi

Menjadi peneraju dan emdium aktif dalam usaha menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, kebudayaan dan kesenian serta mewujudkan komuniti mahasiswa berbilang kaum yang harmoni.


Peranan biro kebudayaan dan kesenian:

Pengerusi biro kebudayaan dan kesenian:

Naib Pengerusi biro kebudayaan dan kesenian:

SAMBUTAN HARI GURU ANJURAN JPTV & JPP

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan kepada pendidik yang telah mendidik anak bangsa ke arah kejayaan. Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tiadak mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar. Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sehubungan dengan itu, bagi menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun dengan melengkapkan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan kepada guru.

Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memupuk perasaan perpaduan ikhlas dan muhibah antara guru. Selain itu, sambutan ini mampu untuk meninggikan martabat dan taraf guru dalam kalangan masyarakat. Jadi program ini telah melibatkan hampir kesemua pensyarah di IPGKPT dengan tema pakaian batik. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada seluruh warga pendidik IPGKPT.