Biro Kerohanian, Moral & Disiplin

Biro Kerohanian dan Moral Disiplin (KMD) merupakan biro yang memantapkan pengetahuan agama dan mengamalkannya serta membentuk modal insan yang berketrampilan, berdisplin dan berkemampuan untuk memimpin rakan-rakan yang lain. Biro KMD dipimpin oleh Ahmad Ali Imran Bin Darul Azahar dan dibantu oleh saudari Dharsinee A/P Subbramaniam. Ahli Jawatankuasa KMD terdiri daripada 11 orang siswa pendidik iaitu  9 orang perempuan dan 2 orang lelaki yang berbeza agama dan bangsa.


VISI

Memperkasakan intelek, emosi, rohani dan jasmani bertunjangkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

 

MISI

Melahirkan insan kamil yang mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah yang berteraskan budaya IPG.

 


BIDANG TUGAS:



Majlis Khatam Quran & Iftar Perdana merupakan majlis tahunan yang dijalankan oleh IPGKPT pada bulan Ramadan. 


Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam (JAPIM) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Kelab Asy-Syakirin. 


Program ini diadakan di Dewan Serbaguna, IPGKPT dan melibatkan semua pelajar IPGKPT termasuk pelajar bukan Islam iaitu seramai 1020 orang pelajar.

PROGRAM PENYUBURAN MINDA

Program Penyuburan Minda ini merupakan program yang akan diadakan kepada siswa siswi pendidik bukan islam IPG Kampus Pendidikan Teknik dibawah Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024. 

Program Penyuburan Minda ini melibatkan 9 siri yang dilaksanakan pada hari jumaat selama 1 jam bermula 16 Jun 2023 hingga 17 November 2023. Sasaran pelajar adalah dibuat secara bergilir mengikut kohort ambilan pelajar yang terdapat di IPG Kampus Pendidikan Teknik. 

Program penyuburan minda siri 1

Program Penyuburan Minda Siri 1 melibatkan semua pelajar Bukan Islam PPISMP 2022 seramai 47 pelajar. 

Penceramah ialah DR Munimah A/P Sudramanian. 

Program penyuburan minda siri 2

Program Penyuburan Minda Siri 2 melibatkan semua pelajar Bukan Islam PISMP 2022 seramai 75 pelajar. 

Penceramah ialah DR Chander A/L Vengadasalan. 

Program penyuburan minda siri 3

Program Penyuburan Minda Siri 3 melibatkan semua pelajar Bukan Islam PISMP 2020. 

Penceramah ialah PN Gayatri A/P Marimothu. 

Program penyuburan minda siri 4

Program Penyuburan Minda Siri 4 melibatkan semua pelajar Bukan Islam PPISMP 2023. 

Penceramah ialah Dharsinee A/P Subbramaniam, Pengerusi Biro Kerohanian Moral dan Disiplin.


Program penyuburan minda siri 5

Program Penyuburan Minda Siri 5 melibatkan semua pelajar Bukan Islam PISMP Ambilan Jun 2022 Keluaran Mei 2027. 

Penceramah ialah Cik Tan Soo Hun 

Program penyuburan minda siri 6

Program Penyuburan Minda Siri 6 melibatkan seramai 50 pelajar Bukan Islam PISMP 2022 Keluaran Mei 2026. 

Penceramah ialah DR Chander A/L Vengadasalan. 

Pertandingan Video Kreatif Disiplin 

Pertandingan Video Kreatif Disiplin ini merupakan suatu program disiplin yang meningkatkan daya kreativiti dan kesedaran disiplin dalam kalangan pelajar. 

Program ini dilaksanakan bertujuan memberi peluang kepada para siswa pendidik untuk menunjukkan kemahiran menghasilkan video yang kreatif berkaitan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak IPG. 

Melalui Pertandingan Video Kreatif Disiplin ini, siswa pendidik dapat mengembangkan kemahiran teknologi menggunakan perisian-perisian terkini. 

Program Moral Sempena Solidariti Palestin

Program ini dilaksanakan bertujuan bagi menerangkan situasi masyarakat Palestin kepada pelajar dan mempupuk nilai kemanusiaan dalam diri pelajar-pelajar IPGKPT. 

Melalui Program ini, siswa pendidik dapat meningkatkan nilai kemanusiaan.

Solat hajat & Ceramah palestin

Solat Hajat dan Ceramah Palestin merupakan salah satu program yang diadakan dalam minggu Solidariti Palestin IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Aktiviti ini dilaksanakan khusus bagi pelajar beragama Islam dan dilaksanakan di Surau Asy-Syakirin, IPGKPT. Solat Hajat ini dipimpin oleh Saudara Zaim Azfar, pelajar Pendidikan Islam 1 Ambilan 2020. Manakala, Perkongsian Ceramah Palestin disampaikan oleh Saudara Ali Imran, Pengerusi Biro Kerohanian JPP sesi 23/24.

Ceramah Palestin

Solat Hajat (L)

Solat Hajat (P)