Biro Keusahawanan

PENGENALAN

Biro Ekonomi & Keusahawanan berfungsi untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keusahawanan.

Biro Keusahawanan digerakkan oleh saudara Muhammad Afiq Irfan Bin Ismail sebagai pengurusi dan saudari Sarah A'isyah Binti Mohd Sazli sebagai naib pengerusi. Ahli Jawatankuasa Keusahawanan terdiri daripada 5 orang siswa pendidik yang mempunyai komitmen dan minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan.

VISI

Menjana pendapatan demi meningkatkan kestabilan ekonomi untuk kebajikan pelajar.


MISI

Memajukan ekonomi demi kebajikan mahasiswa.


BIDANG TUGAS


Pautan Kertas Kerja Hari Keusahawanan Mini 2023

https://docs.google.com/document/d/12ee2pPUds8asUyPRQ-3o-STMOIhPbE4pQxyjBuXwQB4/edit?usp=sharing 

JUALAN RAMADHAN ANTARIKSA

Tujuan jualan ini dilaksanakan bagi menjana dana JPP dan mempelbagaikan lagi juadah berbuka puasa kepada pelajar-pelajar IPGKPT.


Jualan ini disambut baik oleh pelajar IPGKPT kerana makanan yang dijual sedap dan berpatutan. Kami sebagai biro keusahawanan akan meneruskan jualan ini dengan menyertai pelbagai program jualan yang akan dianjurkan. Terima kasih kerana telah menyokong jualan kami.

JUALAN BAJU RASMI

 IPGKPT dan produk lain

JPP sesi 2023/ 2024 telah mencipta sejarah baharu dengan mengeluarkan baju rasmi IPGKPT dan produk lain buat kali pertama dalam sejarah. Penghasilan baju mendapat sambutan hangat oleh para pelajar dan pensyarah dengan penggunaan dalam pelbagai aktiviti rasmi dan Gaya Hidup Sihat yang dilaksanakan selang dua minggu sekali. Tujuan penghasilan baju rasmi IPGKPT dan produk lain adalah untuk menyeragamkan pakaian warga IPGKPT disamping menunjukkan keserasian bersama. Baju ini juga menjadi lambang kepada warga IPGKPT yang berwawasan dan berwibawa.