Program Tautan Kasih

Program tautan kasih 2023

Program Tautan Kasih merupakan satu program bersama antara semua pelajar di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan semua pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan kerjasama antara semua pelajar iaitu bangsa Melayu, Cina, India dan kaum lain, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Persiapan Program

Persiapan program seperti persiapan tempat, penyediaan makanan, perhiasan dan sebagainya, dibantu oleh semua pelajar termasuk bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kesepaduan antara semua kaum inilah yang menjadi simbolik yang ingin dilihat dalam melaksanakan Program Tautan Kasih ini.

Tetamu vip

Tetamu VIP dalam Program Tautan Kasih ini terdiri daripada Pengarah IPGKPT, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan para pensyarah yang hadir. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah IPGKPT iaitu Dr. Hanani binti Harun Rasit, KJ Hal Ehwal Pelajar (HEP), KU insaniah, KU Disiplin dan KU Kolej Kediaman.

Persembahan

Persembahan daripada pelajar, iaitu kumpulan Ritma Senja dan pensyarah juga turut berlangsung bagi memeriahkan suasana Program Tautan Kasih 2023.

Photobooth

Photobooth bertemakan batik klasik juga disediakan kepada para pengunjung untuk mengambil gambar dalam program ini.

cabutan bertuah

200 pengunjung terawal dalam program ini berpeluang memenangi cabutan bertuah dalam program ini. Sebanyak 23 hadiah disediakan dalam bentuk hamper dan wang tunai. Menarik kan!

Permainan kecil

Beberapa permainan kecil dilaksanakan bagi memeriahkan suasana program ini. Antara permainan yang dilaksanakan termasuklah cabaran True or Dare iaitu pelajar perlu melakukan atau menjawab perkara yang mereka dapat melalui pemilihan nombor soalan secara awak. Contohnya, call kawan cakap i love u, selfie bersama pensyarah kesayangan dan sebagainya.

Jamuan makan

Jamuan makan bersama pelajar ini disediakan oleh para pelajar sendiri dengan bantuan dan bimbingan daripada para pensyarah. Penyediaan bahan-bahan makanan, memasak makanan dan mengagihkan makanan semua dilakukan dengan kerjasama antara  pelajar sendiri.  Secara tidak langsung, kesepakatan dan hubungan semua pelajar dapat dieratkan  dan mendidik siswa guru yang bersahsiah tinggi.