KENALI KAMI

PENGENALAN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru merupakan satu badan induk pelajar (bukan Penaung) sebagai satu landasan bagi semua pelajar menyalurkan isu-isu dan maklumat peringkat bawah kepada peringkat atasan sama ada kepada Pengarah atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan malah boleh menyampaikannya sehingga keperingkat Menteri.

JPP diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif atau Pengarah. Hanya JPP yang terpilih sahaja mendapat pengiktirafan pengurusan apabila mereka mendapat Watikah Perlantikan. Selain itu perihal JPP juga terkandung di dalam Jadual III (Seksyen 7, 8, 22 dan 23), Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976.      

LOGO JPP 23/24: ANTARIKSA

Maksud warna logo:

Khaki: Amanah dan keselamatan 

Beige: Kesederhanaan, keselesaan dan kepercayaan

Putih: Permulaan yang baru, kesucian, kebaikan dan kesetiaan

23 & 24: Merupakan tahun tempoh perkhidmatan Antariksa

Bulan: 

Membawa maksud kecekalan, kegigihan dan kesatuan. Walaupun langit malam itu gelap, namun sinaran bulan setia menerangi. Bulan yang satu mampu memberi cahaya dalam gelita.

Perisai: 

Membawa maksud pelindungan, keadilan dan tidak akan mengalah. Meskipun mengetahui cabaran yang akan dilalui, Antariksa tidak akan mengalah dan berjuang sehabis baik bagi membawa keadilan sebagai penghubung antara pihak pengurusan dan pelajar.

Logo ini dicurahkan 1001 makna yang tersurat dan tersirat dengan harapan dapat memberi semangat kepada ahli Antariksa dalam meneruskan perjuangan sebagai agen penghubung antara pihak pengurusan dan pelajar. Dalam masa yang sama, pejuang kepada hak dan suara pelajar.

PERUTUSAN YDP JPP 23/24

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu’alaikum W.B.T. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Segala puji bagi Tuhan Yang Maha Esa, selawat dan salam ke atas junjungan baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Pertamanya, saya ingin merafakkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat dan peluang yang saya tidak pernah bayangkan akan berlaku dalam hidup saya. Jawatan Yang DiPertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2023/2024 merupakan satu titik perubahan dan nilai tambah yang sangat bermakna dalam perjalanan hidup saya dalam membina jati diri sebagai seorang pelajar, bakal pendidik dan masyarakat Malaysia yang holistik.

Saya ingin berterima kasih kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) IPGKPT atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengetuai organisasi JPP bagi sesi kali ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada para pelajar yang telah mengundi rakan-rakan anda yang berkaliber untuk menggangotai organisasi JPP yang sempurna iaitu seramai 27 ahli JPP (7 AMT & 20 AMM). Segala amanah dan tanggungjawab daripada pihak pengurusan tertinggi IPGKPT yang diketuai oleh Puan Pengarah, Dr Hanani Bt. Harun Rasit (Ketua Ekskutif) dan Timb. Pengarah, Dr. Mohd Nordin B. Abu Bakar (Pengerusi Majlis Penasihat), serta Jabatan HEP, akan kami pikul dan laksanakan dengan penuh berdedikasi serta sedaya kami.

Tujuan utama pembinaan laman web rasmi JHEP dan JPP IPGKPT ini adalah sebagai medium interaksi pelajar bersama pihak JPP dan JHEP. Selain itu, lama web ini juga dilengkapi dengan info utama mengenai JPP bagi sesi yang sedang berlangsung, ia merangkumi nama, penerangan logo serta carta organisasi penuh JPP 2023/2024. Bukan itu sahaja, terdapat juga bahagian bagi 10 biro yang rasmi di bawah organisasi JPP. Dalam bahagian biro tersebut, Pengerusi dan Naib Pengerusi akan bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat yang penting berkaitan biro masing-masing. Melalui cara ini, para pengunjung yang melayari laman web rasmi ini dapat melihat perjalanan program dan tahap keaktifan setiap biro ini.

Seterusnya, laman web ini adalah sebagai sumber informasi yang boleh diakses oleh semua pelajar IPGKPT berkaitan aktiviti atau program yang dijalankan di dalam, mahupun di luar kampus. Dalam laman web ini juga kami telah sertakan takwim JPP 2023/2024 serta perancangan program yang lengkap sepanjang satu sesi. Ia termasuk takwim perancangan program, garis masa serta carta gant program yang akan dilaksanakan.

Tuntasnya, saya menyeru dan ingin mengajak rakan-rakan siswa siswi pendidik IPGKPT untuk memanfaatkan laman web rasmi JHEP dan JPP IPGKPT ini dengan sebaik mungkin. Saya juga berharap agar kewujudan laman web ini dapat memberikan informasi yang berguna dan bermanfaat kepada semua.

Akhir kata, saya, Khairil B. Mohd Zulkefly (YDP JPP 2023/2024 IPGKPT) memohon kerjasama yang padu daripada semua pelajar dan pihak pengurusan & pentadbiran dalam usaha membina ekosistem pendidikan di IPG selaras dengan Visi dan Misi IPG Malaysia dan semoga kita dapat merealisasikan aspirasi “Teknik Terbang Tinggi”. Sekian, terima kasih.

 

KHAIRIL BIN MOHD ZULKEFLY

YDP JPP 2023/2024 IPGKPT

PISMP AMBILAN JUN 2020

PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM SK/SJKC/SJKT


RBT 3 jun 2021

PAI 4 JUN 2020

MT 2 JUN 2022

BM 5 JUN 2020

RBT 3 JUN 2022

PAI 3 JUN 2021

RBT 1 JUN 2022

PI 3 JUN 2021

BIRO PANDORA

RBT 2 JUN 2022

BIRO PANDORA

RBT 4 JUN 2021

BIRO AKADEMIK

RBT 3 JUN 2023

BIRO AKADEMIK

PI 3 JUN 2020

BIRO KEDIAMAN PELAJAR

BM 1 JUN 2023

BIRO KEDIAMAN PELAJAR

BM 1 JUN 2023

BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL

BM 2 JUN 2023

BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL

PAI 6 JUN 2020

BIRO KMD

RBT 1 JUN 2023

BIRO KMD

BM 5 JUN 2020

BIRO KEBUDAYAAN & KESENIAN

SN 1 JUN 2022

BIRO KEBUDAYAAN & KESENIAN

TESL 1 JUN 2021

BIRO TMP

SN 2 JUN 2022

BIRO TMP

PAI 4 JUN 2020

BIRO SUKAN & REKREASI

MT 1 JUN 2022

BIRO SUKAN & REKREASI

PI 4 JUN 2021

BIRO HAL EHWAL WANITA


SN 1 JUN 2022

BIRO HAL EHWAL WANITA

MT 1 JUN 2022

BIRO KEUSAHAWANAN


BM 2 JUN 2023

BIRO KEUSAHAWANAN